Mawan tegaskan pendirian akan tetap bersama PBB



KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom menegaskan pendiriannya tetap bersama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Malah, beliau turut yakin akan diterima oleh parti tunjang Barisan Nasional (BN) negeri itu.

“Ketua Menteri sendiri telah menyatakan bahawa jika saya berkeras (menyertai PBB), saya akan diterima,” katanya ditemui selepas Majlis Angkat Sumpah ADUN Sarawak di hadapan Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Mengenai saranan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem ke atas sembilan wakil rakyat tidak mempunyai parti mendapatkan pandangan daripada pengundi mereka sebelum menyertai PBB, Mawan kemudian menganggap ia sebagai satu perkara formaliti.

“Ini adalah untuk memuaskan semua pihak dan melakukan perkara seperti ini adalah satu perkara formaliti,” katanya.

Manakala berhubung kenyataan Presiden SPDP, Datuk Seri Tiong King Sing menegaskan bahawa parti itu harus mempertahan kerusi diperuntukkan kepada mereka tanpa mengira parti mana yang dipilih penyandangnya untuk disertai, Mawan sekadar menyifatkan ia adalah pendirian Tiong semata-mata.

“Ini adalah perkara yang jauh daripada realiti dari apa yang saya lihat. Saya juga merupakan bekas presiden parti tersebut tetapi jika anda merasakan seperti itu, okay..” katanya.

Dalam pada itu, Mawan yang juga merupakan bekas Menteri Pembangunan Sosial positif bahawa akan dilantik dalam Kabinet Persekutuan.

“Saya tidak mempunyai pekerjaan sekarang… tetapi saya agak positif mengenainya (dilantik dalam Kabinet Persekutuan),” katanya.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget