Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) merangkap Pengerusi TEGAS Datu Len Talif Salleh berkata, 40,000 tenaga kerja itu bagi mengisi jawatan atau bahagian ditawar dalam 1.3 juta peluang pekerjaan 15 tahun akan datang di Sarawak.
“Setakat ini kita hanya melahirkan 11,000 tenaga kerja mahir dan separa mahir. Jika kita gagal melahir 40,000 tenaga kerja mahir setiap tahun dalam masa 15 tahun akan datang, ia pasti memberi kesan kepada Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Forum Belia TEGAS 2015 Siri Pertama yang disempurna Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dan dihadiri Menteri Muda Pembangunan Belia (Bandar) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah di sini, semalam.
Jelasnya, ia antara aspirasi Sarawak menjadi sebuah negeri termaju dan berpendapatan tinggi di Malaysia menjelang tahun 2030.
“Maka itu TEGAS bersama Unit Pembangunan Tenaga Kerja (UPTK, Jabatan Ketua Menteri) mengambil langkah proaktif menganjurkan forum ini,” katanya.
Menurut Len Talif, tujuan forum diadakan bagi mengupayakan belia di Sarawak dalam rancangan pembangunan Sarawak dan forum yang berkonsepkan ‘Kepada Belia, Dari Belia dan Oleh Belia,’ bual bicara diadakan secara santai serta menghiburkan kepada para peserta.
Jelasnya forum mempunyai empat siri itu, pada kali ini (siri pertama) menumpukan kepada ‘Belia, Pekerjaan dan Kebolehpasaran’ dengan disertai 1,200 orang belia dari sekitar Kuching, Samarahan, Serian, Simunjan dan Lundu.
“Meskipun forum ini santai namun kami turut menekan mengenai motivasi selain fokus beberapa aspek lain termasuk pendidikan teknikal dan vokasional.
“Pada siri keempat nanti di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) kita menjemput kira-kira 4,000 belia dan dijangka dirasmi Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada 21 November 2015,” katanya.
Menurutnya siri kedua forum diadakan di Miri pada 19 September menumpu kepada belia dengan SCORE (Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak) sementara siri ketiga diadakan di Mukah pada 10 Oktober 2015 yang menumpukan ‘Belia dengan Usahawan.’-Utusan Borneo
Post a Comment