Kini, Dayak Sarawak pula mahu anjurkan perhimpunan mereka


KUCHING: Laungan “hidup Melayu” oleh Melayu Umno sewaktu perarakan “baju merah” pada hari Rabu lepas telah membangkitkan Dayak Sarawak untuk menganjurkan perarakan mereka sendiri untuk membantah soal rampasan tanah, keenganan kerajaan negeri untuk mengiktiraf “pemakai menua” dan “pulau galau” sebagai tanah hak adat (NCR), selain menentang pembinaan empangan mega.

Orang Dayak digalakan dengan “kejayaan” perarakan “baju merah” yang bukan hanya dibenarkan oleh kepimpinan Umno dan polis, tetapi juga dihadiri oleh pemimpin Uno, dan ahli-ahli NGO Melayu.

Perarakan itu telah diadakan sebagai tindak balas kepada desakan Bersih 4.0 baru-baru ini, yang mendesak Perdana Menteri Najib Razak untuk meletakan jawatan, pilihanraya yang adil dan bersih, kerajaan yang bersih dan kebebasan beragama, “baju merah” pula mendesak supaya orang Melayu “melindungi” hak dan maruah Melayu.

Apabila sebuah pertanyaan dimuatnaik dalam Facebook samada orang Dayak perlu menganjurkan perarakan mereka sendiri untuk meniru perarakan Umno, maklum balas yang diterima dari individu dan NGO Dayak nampaknya memberansangkan.

Bagaimanapun, tidak semua mereka bersetuju untuk menggunakan “baju merah”.

Seorang pengguna FB, Abel R Bana mahukan perarakan menggunakan “baju hitam” untuk menunjukan yang orang Dayak sedang berkabung dan kemarahan dan penyesalan mereka kerana membenarkan diri mereka dibuli, dipinggirkan dan disia-siakan.

Seorang lagi pengguna FB ben Diomedes Ak Ujai bersetuju yang baju sepatutnya berwarna hitam sebagai tanda berkabung kerana “kematian” tanah NCR mereka.

Beberapa pengguna pula memberikan komen yang baju perlu berwarna hijau untuk menunjukan kehijauan “pemakai menua” dan “pulau gaya”, yang telah menyokong keperluan kehidupan orang Dayak.

Ada juga yang mahu peserta perarakan memakai baju tradisional mereka.

Disebabkan maklumbalas positif tentang penganjuran protes, Peter John Jaban, penganjur perarakan “Sarawak4Sarawakians” pada 22 Julai, berkata dia nampaknya akan menganjurkan perarakan itu.

“Saya akan mengadakan mesyuarat tidak lama lagi dan membincangkan kemungkinan perarakan itu diadakan dan menghubungi NGO Dayak untuk membantu saya menguruskannya.

“Saya berharap ia akan menjadi perarakan paling besar pernah dianjurkan oleh orang Dayak, dalam usaha untuk menunjukan ketidakpuasan hati kita kepada keenganan kerajaan negeri mengiktiraf pulau galau dan pemakai menua kita,” katanya sewaktu ditemubual.

Perarakan itu, katanya, perlu diadakan sebelum pilihanraya negeri akan datang.

Dia mengharapkan semua orang Dayak yang mahu melindungi tanah NCR mereka, samada ahli empat parti komponen BN negeri atau pakatan pembangkang, akan terlibat dalam perarakan itu untuk menunjukan perpaduan Dayak.

“Kita perlu menunjukan kepada kerajaan negeri yang kita semua bersatu dalam melindungi tanah NCR kita, yang merupakan aset paling berharga orang Dayak,” kata Peter.

Mengulas isu yang sama, pengerusi Gerakan Anak Sarawak (Gasak) Abun Sui Anyit bersetuju dengan cadangan yang dibuat oleh Menteri Pembangunan Tanah James Masing supaya Majlis Adat Istiadat (MIA) perlu diberikan kuasa mutlak dalam soal “pemakai menua” dan “pulau galau”.

“Cadangan itu baik, tetapi yang terbaik masih pindaan kepada Kod Tanah Sarawak (Cap 81). Ia akan menjadi lebih baik sekiranya Perlembagaan Negeri dipinda untuk menjaga Adat pemakai menua dan pulau galau,” kata Abun, yang merupakan peguam memperjuangkan kes tanah NCR.

Dia berkata yang pemerkasaan MAI sahaja tidak akan menjamin keselamatan Adat Dayak tentang pemakai menua dan pulau galau, kerana MAI mungkin disalah guna oleh mereka yang berkuasa, samada oleh kerajaan BN kini atau kerajaan bukan BN di masa hadapan.

“Kaedah paling selamat masih lagi pindaan kepada Kod Tanah untuk memasukan pemakai menua dan pulau galau sebagai intepretasi NCR.

“Juga sekiranya MAI diletakan di bawah jabatan atau kementerian tertentu ia masih tertakluk kepada ‘ketua’ atau menteri, malah ketua menteri yang sedang berkuasa ketika itu.

“Kerana itu, sekiranya kerajaan kini prihatin dengan hak orang asal dalam pulau galau dan pemakai menua, mungkin inilah masa terbaik membuktikan keprihatinan mereka,” katanya.The Ant Daily (Joseph Tawie)

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget