Dokumentari Al-Jazeera: Desakan Dr M terhadap kerajaan relevan


KOMEN: Tidak mengejutkan, dokumentari yang disiarkan saluran berita Al-Jazeera baru-baru ini tentang pembunuhan Altantuya Shaariibuu telah mencetuskan rasa tidak senang beberapa pihak di Malaysia.

Politikus daripada parti pemerintah dan polis peringkat tinggi membuat bising – bukan terhadap pembunuhan kejam itu, tetapi terhadap dokumentari dengan mendakwa Al-Jazeera ada “agenda tersembunyi” ke atas Malaysia.

Ini berlaku di saat hanya seorang pesalah yang meletupkan Altantuya sedang menanti hukuman mati, sementara seorang lagi sudah lari ke Australia. Malah identiti sebenar individu yang mengarahkan pembunuhan itu juga masih tinggal tanda tanya.

Apabila isu seumpama ini yang melibatkan Perdana Menteri Najib Razak muncul semula, anda sudah boleh jangka tokoh yang akan segera memberikan reaksi adalah pengkritiknya paling lantang, Dr Mahathir Mohamad.

Dalam tulisan terbaru di blognya, Mahathir menasihati kerajaan agar berhenti membuat penafian dan memfailkan saman fitnah terhadap saluran itu, jika merasakan dokumentari itu adalah tidak benar.

“Najib dan Kerajaan beliau mempunyai tanggungjawab untuk membersihkan nama kita dan bukan hanya mendakwa Al-Jazeera cuba menggulingkan kerajaan.

“Bukti perlu diberi bahawa pembunuhan ini, penyembunyian (cover-up), penglibatan polis dan Razak Baginda tidak sama sekali bersalah atas jenayah yang dahsyat ini,” katanya.

Razak yang merupakan individu yang rapat dengan Najib pada mulanya ditahan selepas tuduhan hubungan sulitnya dengan model itu timbul selepas pembunuhannya pada tahun 2006. Namun beliau kemudiannya dilepaskan tanpa perlu membela diri.

Kata Mahathir lagi, memandangkan Al-Jazeera ditonton jutaan penonton seluruh dunia, kebanyakannya akan mempercayai dokumentari itu.

Beliau kemudian menggesa badan kehakiman agar membersihkan namanya, terutama berhubung pembebasan Razak Baginda.

Altantuya ShaariibuuAltantuya Shaariibuu
“Dokumentari ini telah tersebar luas di Malaysia dan masih ditayangkan di seluruh dunia. Mengeluarkannya dari Al Jazeera di Malaysia tidak akan mengubah apa-apa.

“Dengan hanya mengatakan bahawa ia tidak benar boleh meyakinkan sesetengah rakyat Malaysia tetapi tidak akan meyakinkan orang asing,” katanya dan menambah episod ini akan terus memburukkan imej negara yang sedia tercemar.

Tepat sekali. Dokumentari tersebut membangkitkan persoalan yang absah, yang telah pun ditanya oleh rakyat Malaysia sejak dari awal lagi.

Ini kerana kisah dua komando Malaysia yang menculik seorang perempuan mengandung, menembak dan meletupkan badannya di dalam hutan, tanpa apa-apa motivasi atau arahan kedengaran terlalu mengarut walaupun untuk skrip filem Bollywood.

Namun kerajaan tidaklah mendiamkan diri sahaja.

Najib telah memberikan penafian kepada saluran tersebut, dan menegaskan beliau tidak pernah mengenali atau bertemu Altantuya.

Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar juga mengecamnya kerana “kewartawanan yang jahat” dan berkata mereka akan memanggil wartawan yang membuat laporan eksklusif itu, Mary Anne Jolley untuk soal siasat.

Benar, wartawan sama yang diusir ketika beliau datang ke sini untuk membuat kajian bagi dokumentari itu.

Khalid juga dilaporkan bertikam lidah dengan seorang lagi wartawan Al-Jazeera dalam satu sidang media baru-baru ini. Hal ini membangkitkan persoalan terhadap tahap profesionalismenya.

Menurut Malaysiakini, Khalid memberitahu wartawan bahawa dokumentari tersebut dibuat berdasarkan khabar angin dan berkata: “"Anda (Al Jazeera), buat laporan berdasarkan dengar cakap, cuba wujudkan sesuatu daripada tiada dan dengar daripada orang yang tidak bercakap benar…Apa yang anda cuba lakukan?”

Ketua Polis Negara secara sengaja bertikam lidah dengan seorang wartawan luar negara berhubung satu isu, walhal beliau tiada sebab langsung untuk marah. Memang sesuatu yang membanggakan buat Malaysia.

Anda tidak perlu menjadi Einstein untuk mengagak yang Anne Jolley, sama seperti editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown, akan merasa tidak senang terhadap polis Malaysia.

Khalid juga berkata yang polis kini sedang memantau pihak-pihak yang memberikan maklumat untuk dokumentari.

Berhubung cadangan Mahathir agar kerajaan menyaman Al-Jazeera, ia mungkin tidak berlaku dalam tempoh terdekat ini kerana “tuntutan mahkamah” terhadap Wall Street Journal (WSJ) berhubung isu RM2.6 bilion pun masih belum dibuat, walaupun sudah dua bulan isu itu disiarkan.-The Ant Daily

Post a Comment

Ckp tan sri musa hassan (org islam) x percaya, ckp orang kafir percaya. Apalah nak jd orang
Malaysia.

Bukan semua kat malaysia islam. Selama ni duduk kat mane? Al jazeera ditonton seluruh dunia, islam ke semua penontonnya? Apa nak jadi org malaysia (maksudkan kau le ni), kafir kata ada rm2.6bilion tak caya, najib kata takde caya plak, bila kantoi bg plak 1001 alasan

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget