Baik tuan, kami akan lindungi lelaki dan wanita budiman di SPRM


SEKILAS PANDANG: Pena lebih tajam berbanding mata pedang.

Ini yang dapat disaksikan di dalam perjuangan serta usaha-usaha membasmi rasuah.

Ini dicerminkan melalui waran tangkap, dan surat pertukaran.

Pada sesetengah masa, mata pena juga diguna bagi meminta bantuan.

Dan inilah yang diterangkan di dalam laporan The Malay Mail Online baru-baru ini berkenaan ucapan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Abu Kassim Mohamed yang menggesa rakyat Malaysia melindungi agensi dari sebarang campurtangan di dalam menggalas peranan.

Dalam mesej khas yang dibacakan timbalan beliau Mustafar Ali di Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa ke-16, Abu Kassim menekankan keperluan siasatan bebas SPRM sambil menggesa penggubal undang-undang dan pendakwaraya turut serta membantu.

"Bagi masyarakat sivil dan orang ramai, mereka perlu menjadi pelindung dan pemimpin kita di dalam melindungi institusi anti-rasuah dari campurtangan yang memberi kesan kepada kebebasannya.

"Bagi penggubal undang-undang, tanpa mengira perbezaan politik, mereka perlu bersatu membantu kami mewujudkan institusi anti-rasuah bebas dan akhirnya, pendakwaraya di Malaysia perlu memain peranan melakukan pendakwaan, dan bukan memilih di dalam menjalankan tugas," katanya.

Tumpuan terarah kepada SPRM bulan lepas, di mana polis menangkap dan menyoal beberapa pengawai kanan SPRM berikutan maklumat rasmi yang didakwa dibocorkan.

Ini mendatangkan kritikan kerana didakwa campurtangan di dalam tugas SPRM, dari pemimpin politik dari BN dan pembangkang, pertubuhan NGO serta orang ramai.

Sisatan polis berlaku ketika SPRM menjalankan siasatan terhadap sumbangan derma RM2.6 bil yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri serta bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.



Laporan The Malay Mail Online mendapat reaksi berbeza.

Warga Internet memandang remeh dengan berkata SPRM tidak berupaya dan hanya tunduk kepada pihak tertentu, manakala ada juga pihak yang mempertahankannya.

Kita sedih membaca laporan tersebut.

Tindakan yang dikenakan ke atas SPRM dan para pegawainya menunjukkan bertapa lemah institusi kita terhadap campurtangan luar.

Ucapan tersebut seakan meminta bantuan.

Dapatkah anda bayangkan apa yang bermain di fikiran delegasi antarabangsa di persidangan tersebut, ketika ketua agensi anti-rasuah di negara tuan rumah meminta orang ramai mempertahan institusi?

Persoalannya, adakah kita akan menyokong Abu Kassim di dalam melindungi SPRM?

Selama ini, kita percaya SPRM bertindak memilih bulu di dalam pendakwaan, dengan hanya menumpukan usaha terhadap 'ikan bilis'.

Tetapi sebaik ia melihat kepada pemimpin besar, apa yang berlaku?

Pegawai pegawai mereka yang disiasat akhirnya.

Samada kita gembira dengan peranan SPRM setakat ini atau sebaliknya, kita perlu memberi sokongan terhadap permintaan Abu Kassim.

Kita perlu lindungi semua institusi agar mereka melindungi kita.

Terdapat ramai lelaki dan wanita yang berkhidmat di institusi-institusi ini dan terdapat pihak yang mahu mengawal dan campurtangan dalam tugas mereka.

Kita tak boleh benarkan.

Institusi kita perlu sedar mereka mendapat sokongan rakyat di dalam menjalankan tanggungjawab.-The Ant Daily
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget