Ulamak Pas kutuk Kerajaan DAP Pulau Pinang kerana iktiraf LGBT


PASIR PUTEH - Dewan Ulamak Pas Pusat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana memberi pengiktirafan kepada gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Ketuanya, Datuk Dr Mahfouz Muhammad menegaskan, pengiktirafan itu dibuat menerusi penubuhan Jawatankuasa Transgender yang mengadakan mesyuarat pertamanya di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang pada 17 Mei lalu.

"Dewan Ulama tidak sokong bawa agenda perhubungan sesama jenis ini, kita seru ulamak, mereka wajib memimpin masyarakat dengan ilmu dan amanah bebaskan khurafat warisan penjajah," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Ulamak Pas ke-55, di Sweet Beach Resort, Tok Bali, di sini, semalam.

- Sinar Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget