PRK Bukit Gelugor | Proses Penamaan Calon Bermula

GEORGETOWN: Proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor di Dewan Sri Pinang, di sini dibuka tepat pukul 9 pagi.
Pengumuman itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Anuar Yahya.

Pasukan polis mengawal ketat di sekitar kawasan Dewan Sri Pinang di sini, lokasi di mana proses penamaan calon  akan berlangsung sebentar lagi.

Penyokong pelbagai parti hadir bagi memberi sokongan kepada calon yang bertanding mula memenuhi kawasan berhampiran dewan berkenaan seawal jam 8 pagi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tiba di pusat penamaan calon kira-kira pukul 8.15 pagi untuk melakukan pemantauan.

Beliau juga dijangka mengadakan sidang media selepas proses penamaan calon berlangsung.

Selain itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Azmin Ali antara yang hadir bersama ratusan penyokong Pakatan Rakyat.

Mereka dilihat berkumpul di Sudut Pidato dekat Esplande di Padang Kota Lama, di sini dan mengibarkan bendera parti.

Sementara itu, calon Parti Cinta (PCM), Datuk Huan Cheng Guan antara yang terawal tiba di perkarangan Dewan Sri Pinang bersama seramai 30 orang penyokong aitu kira-kira pukul 8.38 pagi.

Daftar Pemilih Induk (DPI) mengandungi 82,431 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 82,255 pengundi biasa, 148 pengundi awal dan 28 pengundi tidak hadir luar negara.

Sebanyak 21 pusat mengundi akan dibuka bagi tujuan pengundian tersebut dan 1,095 petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini.

PRK Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh, 74, dalam kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan MPV yang dinaikinya dan sebuah lori di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Perak pada 17 April lalu.

Calon DAP, Ramkarpal Singh Deo tiba di Esplanade kira-kira pukul 8.35 pagi menggunakan jip merah milik mendiang bapanya, Karpal Singh.

Anak ketiga Karpal itu dilihat memegang sepanduk bertulis, "I am Karpal Singh" (Saya adalah Karpal Singh).

Beliau ditemani oleh keluarga, pemimpin Pakatan Rakyat dan penyokong untuk berarak menuju Dewan Sri Pinang.

Seorang lagi calon iaitu ahli Pas Gombak, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abd Sathar, 63, tiba di perkarangan Dewan Sri Pinang kira-kira pukul 8.50 pagi.-mstar
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget