Kerajaan Negeri Luluskan Peruntukan RM100,000 Bina Benteng Sungai Wat

MARUDI: Kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan RM100,000 bagi membiayai kos membina benteng Sungai Wat, bagi menahan hakisan tanah, yang kerap berlaku pada musim hujan dan musim banjir.

Peruntukan tersebut telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usan Dennis Ngau kepada Ketua Kaum Kampung Long Wat Anyie Avit, semasa mengadakan lawatan ke kampung berkenaan di sini, kelmarin.

Menurut Anyie, tanah tebing sungai berkenaan se-ring runtuh, lebih-lebih lagi apabila musim banjir tiba.

Lebih membahayakan katanya, runtuhan tanah yang teruk, berlaku pada musim banjir yang lepas, betul-betul di hadapan rumah panjang 80 pintu, yang dihuni suku kaum Kayan dan Kenyah.

Menurut Anyie lagi, jumlah RM100,000 tersebut tidak mencukupi namun mereka akan teruskan juga projek membina benteng itu menggunakan jumlah peruntukan yang diagihkan itu.

Sementara itu, Dennis memberitahu bahawa beliau akan berusaha membantu penduduk kampung mencari dana bagi menampung kos pembinaan tersebut, bagi menambah jumlah yang sudah diperuntukkan oleh kerajaan.

Long Wat adalah antara perkampungan Orang Ulu di kawasan Apoh yang me-miliki keunikan tersendiri dan selain rumah panjang, kawasan ini turut mempunyai sebuah sekolah rendah, Sekolah Kebangsaan (SK) Long Wat.- utusan borneo
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget