SUPP enggan bahagi kerusi dengan UPP


KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) terus kekal dengan pendiri-an mereka untuk tidak akan berkompromi terhadap pembahagian kerusi dengan Parti Rakyat Bersatu (UPP) walaupun sudah dua kali mengadakan perbinca-ngan dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mengenai perkara itu.

“Pendirian kami adalah sangat jelas,” kata Presidennya Senator Datuk Dr Sim Kui Hian kepada pemberita ketika ditemui selepas lebih dua jam bersama kira-kira 20 ahli SUPP bermesyuarat dengan Adenan di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Bagaimanapun ditanya mengenai keputusan mesyua-rat kedua dengan Adenan itu, Dr Sim enggan mende-dahkannya.

“Ketua Menteri berkata ini adalah tertutup maka kami tidak boleh bercakap,” katanya.

Namun demikian, beliau menambah mesyuarat tersebut berjalan lancar dan pihaknya gembira dengan hasil rundingan bersama Adenan yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Ditanya adakah ia merupakan mesyuarat terakhir SUPP dengan Adenan, Dr Sim berkata: “Ini bukan yang terakhir tetapi saya tidak tahu bila mesyuarat seterusnya.”

Pemimpin-pemimpin SUPP kelihatan tiba di Wisma Bapa pada sekitar jam 2 petang manakala Dr Sim tiba kira-kira setengah jam selepas itu.

Turut hadir Timbalan Presiden SUPP merangkap Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem yang turut mengulas mesyuarat berkenaan dengan menyifatkan ia sebagai ‘mesyuarat maraton’.

Terdahulu pada sebelah pagi semalam, Adenan juga telah mengadakan mesyuarat dengan kira-kira 30 ahli UPP termasuk Presidennya Dato Sri Wong Soon Koh.

Difahamkan, rundingan itu diadakan selepas UPP dan SUPP gagal berdamai dan mencapai kata sepakat dalam pengagihan kerusi pada ta-rikh ditetapkan Adenan iaitu 1 Disember lalu.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget