Langkah terbaik menjelang PRN

Penambahan kerusi DUN permudah BN salur pembangunan, kata Entri

KUCHING: Penambahan 11 kerusi Dewan Unda-ngan Negeri (DUN) baharu merupakan langkah terbaik bagi negeri ini terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menurut Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air), Datuk Sylvester Entri Muran, langkah ini akan mempercepat proses pembangunan terutama di kawasan luar bandar.

“Kami menyambut baik penambahan kerusi DUN ini dan menjangkakan lebih banyak pembangunan luar bandar oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada penutupan kursus pemasaran bagi pekebun dan usahawan Zon Sarawak di salah sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin.

Usul bagi menambah kerusi DUN Sarawak daripada 71 kepada 28 telah diluluskan di Dewan Rakyat, Rabu lepas.

Kerusi DUN baharu ini terdiri daripada N13 Batu Kitang, N17 Stakan, N18 Serembu, N23 Bukit Semuja, N26 Gedong, N40 Kabong, N57 Tellian, N63 Bukit Goram, N66 Murum, N70 Samalaju dan N78 Mulu.

Ditanya sama ada beliau mempertahankan kerusi Marudi disandangnya ketika ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi ini menye-rahkan kepada Ketua Menteri untuk membuat keputusan.

Dalam perkembangan lain, Entri berkata pembukaan kilang kelapa sawit di Sungai Laong, Beluru, Bakong, Miri merupakan usaha sama pertama antara Persatuan Peladang Sarawak dan agensi kerajaan dan sektor swasta.

Persatuan dan DD Plantation katanya memegang 30 peratus daripada saham, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) memegang 20 peratus saham manakala LCDA dan Skim Pelaburan Peladang masing-masing memegang 10 peratus saham.

Jelas Entri, kilang merangkumi keluasan 105 ekar ini menelan kos RM70 juta dan akan memproses 45 tan metrik tandan buah segar (FFB) sejam yang mana kemudiannya akan dipertingkatkan kepada 60 tan metrik sejam.

“Kami menjangkakan projek ini dimulakan tahun depan. Kami melakukan ini kerana ramai pekebun kecil kelapa sawit berhadapan masalah apabila menjual FFB kepada peladang swasta.

“Mereka tidak mendapatkan harga baik dan ketika musim puncak, peladang swasta menolak untuk memproses buah masing-masing,” katanya.

Selain perkongsian keuntungan, Entri berkata pekebun akan mendapat perkhidmatan seperti peruntukan baja bagi mengeluarkan buah berkualiti dan memperbaiki produktiviti serta penuaian.

Menurut beliau, kira-kira 3,000 pekebun kecil di Beluru, Bakong mendaftar dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia akan mendapat manfaat daripada projek ini.

Turut hadir, Pengerusi Peladangnita Sarawak Eda Igar, Pengerusi NAFAS Dato Seri Saipolbahari Suib dan Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Kuala Lumpur Mohd Salim Taha serta lain-lain.

Berucap pada majlis itu, Salim berkata statistik menunjukkan terdapat 252,364 atau 31 peratus pekebun wanita daripada keseluruhan 826,104 pekebun di Malaysia.

Di bawah Peladangnita, terdapat kira-kira 4,000 usa-hawan berbanding 18,202 usahawan di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang sekali gus menunjukkan bahawa Peladangnita memainkan peranan penting dalam pembangunan sosio ekonomi.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget