![]() |
| Robert Lawson Chuat |
SPAOH: Kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri ini sentiasa memastikan kebajikan rakyat tetap dibela terutama rakyat di luar bandar, kata Menteri Muda Kebajikan Robert Lawson Chuat.
Justeru katanya, pelbagai perancangan telah dirangka agar setiap projek pembangunan dapat dinikmati rakyat.
“Pada masa sama saya berharap komitmen rakyat terhadap BN terus diperkukuh bagi membawa lebih banyak perubahan pada masa akan datang,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Ulin, Teberu dekat sini semalam.
Jelasnya, kerajaan tidak mahu melihat rakyat luar bandar ketinggalan daripada arus pembangunan. Rakyat juga dinasihati jangan terpengaruh dengan sebarang dakyah yang dibawa pihak tertentu kononnya kerajaan enggan membela nasih rakyat.
Katanya pelbagai kaedah dan cara pihak pembangkang laksanakan dalam usaha mengaburi minda rakyat, malah media sosial seperti Twitter, Instagram, Facebook dan WatSapp dipergunakan untuk menyampaikan fitnah dan memburuk-burukan pihak tertentu tanpa fakta yang betul dan tepat.
- Borneo Post Online

Post a Comment