Warga Sarawak perlu menjaga ‘halaman’ mereka sendiri



KOMEN pembaca Semut Harian

Andrew Nyabe: Perdana Menteri Najib Razak pasti berada dalam keadaan keliru ketika mengumumkan Malaysia (bukan Najib) akan menerima 3,000 pelarian Syria.

Beliau tentunya sedar bahawa negara perlu sediakan tempat tinggal, pekerjaan dan pendidikan untuk anak-anak mereka.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua pula tidak bebas untuk bergerak kerana pihak berkuasa merasakan beliau adalah ancaman keselamatan. Tetapi bagaimana dengan 3,000 warga Syria ini?

Pastinya kesan mengambil 3,000 orang luar jauh lebih besar!

Jeguk Ngamo: Hanya 3,000 sahaja! Kita sudah pun ada berjuta pekerja Indonesia, beribu pembantu rumah Filipina dan Suluk, lebih 100,000 pekerja Bangladesh, dan beribu pekera China dan “China dolls”.

Tambah pula dengan beribu warga Kemboja, Vietnam, Myanmar dan Korea Utara.

Bagaimana pula yang tidak dikira? Dan semua masih di bawah kawalan?

Apa-apa pun, kita menjaga sendiri ‘halaman’ kita. Itulah maksud “Sarawak untuk orang Sarawak”.

Daniel Liew: Bukankah Umno mentadbir Sarawak melalui proksi mereka – PBB, PRS, SUPP dan lain-lain – dalam BN?

Walaupun perkara sama boleh dikatakan tentang DAP, PKR atau PAS selaku parti dari Malaya, saya tidak tahu bagaimana atau dari mana persepsi ini boleh timbul.

Semua parti PR ada satu matlamat bersama, iaitu membantu rakyat melawan kerajaan BN. Tetapi mereka tidak akan menjadi proksi antara satu sama lain.

Siapa lagi yang akan diundi warga Sarawak sebagai alternatif kepada kerajaan BN jika tidak PKR atau DAP? Ada siapa yang boleh jawab?

Tc Ling: Ia sudah terjadi sekian lama tetapi ketua menteri masih lagi dengan sikap “tidak apa”.

Siapakah musuh sebenar? Pembangkang atau kerajaan pemerintah?

Komen-komen berikut adalah respon kepada artikel, Sarawakians should be wary of the ‘Trojan Horse’ yang disiarkan pada 6 Oktober.-The Ant Daily

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget