Sarawak dikagumi

TARIKAN:Kemeriahan RWMF 2015 hari kedua yang amat meriah dan sesak dikerumuni pengunjung dalam dan luar negara.
KUCHING: Pelancong luar negara mengagumi keunikan hutan semula jadi Borneo yang berupaya menjadi pentas kepada persembahan penghayatan muzik terbaik di dunia.

Raouf Oueslati, 26, dari Perancis yang kali pertama datang ke Sarawak sudah mulai ‘jatuh cinta’ dan menyimpan hasrat untuk menetap dan bekerja di sini.

“Malaysia Timur iaitu Sarawak dalam Kepulauan Borneo sememangnya hebat dan kaya dengan alam semula jadi yang hijau berbanding tempat kelahiran saya di Perancis yang sentiasa sibuk.

“Segala-galanya di sini amat baik dan ia sangat sempurna dan lihat sahaja Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) yang diadakan hari ini menghubungkan sesama kita walaupun datang dari tempat yang berbeza.

“Di sini kita hidup, bekerja dan masih ada masa untuk meluangkan masa bersama orang yang kita sayang dan ia amat hebat berbanding Filipina, Hong Kong, Singapura dan tidak begitu menggemari Kuala Lumpur dan Malaysia Barat,” katanya ketika ditemui pada hari kedua RWMF kelmarin.

Sementara itu, rakannya Peter Zandvliet, 32, yang berasal dari Belanda menyukai rakyat Sarawak yang sememangnya peramah.

“Saya betul-betul gembira dan berseronok di sini saya dapat tahu daripada seorang kawan dari negara saya yang bertugas di sini sebagai pengurus pentas.

“Beliau memberitahu, sekarang masa untuk berparti dan datanglah dan saya cuma merancang untuk datang ke sini dua bulan yang lepas yang mana pada mulanya saya ingin ke Kota Kinabalu,” akui beliau.

Peter yang akan ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh menyukai muzik kumpulan Mongolia, EPI atau nama sebenarnya Enkh Jargal Dandarvaanchig.

Sementara itu, Karen Martin, 49, dari Black Forest, Selatan Jerman tiba di sini pada Khamis lalu berasa teruja dengan persembahan dan bengkel yang dihadirinya semalam.

“Saya berada di sini sejak hari pertama RWMF, pada mulanya saya ingatkan harga tiket masuk disertakan dengan tiket tambang bas sekali dan saya tidak membawa apa-apa begitu juga dengan kad kredit.

“Baru hari ini saya ke konsert RWMF dan saya sukakannya dengan pelbagai genre lagu dan ia mempunyai keunikan dan kelainan tersendiri dan tidak dapat saya nyatakan yang mana yang paling saya suka.

“Saya mungkin mahu datang kembali ke sini… sebenarnya saya rasa mereka boleh meletakkan pencahayaan yang lebih baik lagi di tempat yang bersesuaian terutama sekali di rumah-rumah tradisional ini,” tambahnya.

Bagaimanapun, beliau meminta sekiranya pihak berkaitan boleh mengubah pencahayaan di dalam kawasan pesta terutama untuk tujuan merakam kenangan di kawasan terletaknya rumah tradisional kaum itu.

Karen juga berharap agar tempat pejalan kaki di dalam kawasan anjuran pesta turut dinaik taraf kerana terdapat kawasan berjalan yang agak tidak selamat untuk dilalui.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget