Pemimpin Wanita SPDP Menentang Mawan

KUCHING: Pemimpin-pemimpin wanita Parti Demokratik Progresif (SPDP) meluluskan usul undi tidak percaya terhadap Presiden SPDP Tan Sri William Mawan.

Dalam satu mesyuarat Sabtu lepas, 18 daripada 20 yang hadir dalam mesyuarat itu mengundi menentang Mawan apabila Ketua Wanitanya Datuk Chiew Yen Chew membentangkan usul undi tidak percaya terhadap presiden.
 Sayap Wanita SUPP dianggotai 25 ahli Majlis Tertinggi. Menurut salah seorang pemimpin wanita yang hadir dalam mesyuarat itu, lima daripadanya tidak hadir.

Seorang pemimpin enggan namanya disiarkan kerana tidak mahu terlibat secara langsung dalam krisis dalaman parti susulan kemasukan semula empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang disingkirkan iaitu Datuk Sylvester Entri (Marudi), Datuk Peter Nansian (Tasik Biru), Rosey Yunus (Bekenu) dan Paulus Palu Ngumbang (Batu Danau).

Pemimpin wanita itu memberitahu, usul itu tidak dinyatakan pada agenda mesyuarat yang sepatutnya membincangkan ‘isu semasa’.

“Saya percaya usul ini dibangkitkan kerana terdapat individu dalam parti yang tidak bersetuju dengan kemasukan semula Kumpulan Berempat.

“Bagaimanapun, saya tidak mengundi untuk itu kerana saya percaya itu bukan jalan penyelesaian apabila anda tidak bersetuju dengan presiden.

“Apa pun, presiden kami hanya menuruti arahan Pengerusi Barisan Nasional Negeri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem untuk menerima kembali empat individu yang disingkirkan itu,” katanya.

Beliau menyatakan dengan jelas bahawa beliau enggan terlibat dalam fasa perjuangan kuasa baharu itu dan memilih untuk tidak memaklumkan pendiriannya.

“Saya hanya mahu parti bersatu semula jika tiada perbalahan dalaman agar parti akan bergerak ke hadapan,” katanya kepada The Borneo Post, semalam.

Lazimnya mesyuarat akan diadakan di ibu pejabat SPDP di Jalan Baharuddin namun mesyuarat itu dijalankan di Hotel Riverside.

Sementara itu, anggota Majlis Tertinggi SPDP Gines Ruwia ketika dihubungi enggan mengulas lanjut memandangkan terdapat arahan kepada parti untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan politik.

“Kami tidak mahu terlibat dalam apa-apa yang tidak dibenarkan ibu pejabat parti atau presiden,” kata Gines.

Mawan bagaimanapun gagal dihubungi untuk mengulas lanjut.

Khabar angin bertiup kencang menyatakan satu mesyuarat agung luar biasa Majlis Tertinggi hendak diadakan pada 26 April untuk membantah kepulangan empat ADUN itu.

Bagaimanapun, rancangan itu telah digugurkan selepas dipintas pemimpin atasan BN.-utusan borneo
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget