Projek Baik Pulih Rumah, Satu Lagi Tawaran PAS Kepada Samalaju - ZHARUDIN


SAMALAJU: Projek Baik pulih rumah dibawah Team PAS SAMALAJU adalah salah satu tawaran dari Calon PAS Samalaju, Zharudin.

Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Sarawak itu berkata ia adalah salah satu tawaran kepada rakyat Samalaju untuk membantu membaikpulih dan menaik taraf Rumah yang telah daif.

Beliau juga berkata inisiatif itu dibuat kerana untuk meringankan beban rakyat dengan peningkatan kos bahan binaan semakin hari semakin meningkat.

Ini adalah inisiatif PAS Samalaju mensejahterakan kediaman komuniti dengan memulakan projek PIKAT (Projek Kediaman Rakyat) dibawah Projek Infra Rakyat dan menyerahkan sumbangan berupa bahan binaan kepada sebuah rumah panjang yang sedang dalam pembinaan.

Beliau yang merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Sarawak juga berkata bahawa ini adalah bukti PAS mampu membantu dan melaksanakan TAWARAN yang dijanjikan kepada rakyat Samalaju dan bukan hanya menabur Janji tetapi hasilnya kosong.

Beliau yang merupakan Timbalan YDP PAS Bintulu berharap semoga komuniti masyarakat Samalaju dapat menikmati kemudahan insfrastruktur yang lengkap melalui sumbangan dan bantuan dari orang ramai.

Projek tersebut dilaksanakan tanpa mengira agama dan kaum dan beliau mengucapkan terima kasih kepada Project Team #UntukmuSarawak yang membantu kami dalam usaha mensejahterakan komuniti itu dan tidak lupa juga kepada semua rakyat Malaysia yang perihatin terhadap isu yang berlaku.-PAS.ORG.MY

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget