Tiong cadang kawasan DUN luas perlu kajian persempadanan


BINTULU: Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing menyatakan pendapat bahawa kajian semula persempadanan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak harus diberi pertimbangan supaya perkhidmatan seseorang wakil rakyat lebih berkualiti dan menyeluruh terutamanya buat rakyat kawasan luar bandar.

Beliau sebagai memberi contoh kerusi DUN Padungan Kuching yang merangkumi kawasan seluas enam kilometer persegi, Pending 14 kilometer persegi dan Batu Lintang 15 kilometer persegi.

Akan tetapi katanya, bagi kawasan DUN Jepak, Bintulu berkeluasan 701 kilometer persegi, Tanjung Batu, 35 kilometer persegi dan DUN Kemena berkeluasana 307 kilometer persegi harus dikaji semula isu persempadanannya kerana Bintulu mempunyai kawasan cukup besar dan luas.

Jelasnya, ini bermakna hanya tiga sahaja wakil rakyat ADUN dipertanggungjawabkan bagi menjaga kebajikan rakyat tinggal di kawasan seluas 8,300 kilometer persegi itu.

“Saya bercakap sebagai ahli parlimen di kawasan Bintulu yang mana kebiasaannya akan turun padang ke kawasan pedalaman seawal jam 2 pagi dan pulang jam 8 atau 9 malam dengan hanya dapat melawat ke beberapa rumah panjang sahaja,’’ ujarnya.

Justeru, adalah perlu bagi perkhidmatan sesorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diperkasa daripada semasa ke semasa bagi memudahkan lagi proses pembangunan di sesebuah kawasan DUN itu.

Tiong berkata demikian semasa menyertai perbahasan berkaitan laporan kajian persempadanan semula pilihan raya Sarawak di Dewan Rakyat semalam.

Beliau dalam masa sama turut membangkitkan masalah perbezaan keluasan persempadanan DUN mendatangkan cabaran buat setiap wakil rakyat terutama wakil rakyat kawasan pedalaman yang kawasan DUN terlalu luas akan menyukarkan proses pembangunan serta melaksanakan pelan pembangunan dirancang jika dibanding kawasan DUN kecil serta dihuni penduduk sedikit sahaja.

Dalam perkembangan berkaitan, keputusan dewan rakyat menunjukkan majoriti daripada ahli parlimen, seramai 130 ahli parlimen menyokong laporan berkenaan untuk diluluskan sementara 72 lagi menolak.

Laporan turut mencadangkan penambahan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget