Penduduk beberapa rumah panjang di kawasan Bakong mahu wakil rakyat baharu di kalangan penduduk tempatan mewakili suara mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Wakil beberapa rumah panjang memberitahu, mereka mahukan wakil rakyat yang benar-benar mengambil berat kebajikan dan tidak berbelah bahagi khususnya dalam pemberian projek pembangunan termasuk kemudahan seperti pembinaan jalan, bekalan elektrik dan tangki air.
Tuai Rumah Henry Gomes berkata, mereka kecewa kerana beberapa projek sudah diluluskan, antaranya pembinaan jambatan bernilai RM100,000 di Lapok sudah diluluskan ditarik balik kerana wakil rakyat tidak sependapat dengan penduduk di situ.
“Malah wakil rakyat tersebut menyebabkan institusi kekeluargaan yang berpecah belah dan ada yang tidak bertegur sapa setelah dihasut.
“Kita akui krisis politik berlaku di mana-mana namun keadaan tidak seteruk ini sehingga merebak ke dalam keluarga,” katanya.
Jelasnya, penduduk tidak mahu perkara itu berterusan dan mahu calon pilihan lain ketika PRN akan datang, bukannya wakil rakyat yang ada sekarang.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) di Rumah Ramba, Sungai Liam, Bakong semalam.
Kira-kira 800 penduduk rumah panjang termasuk 57 tuai rumah kawasan Teru, Tinjar, Biar, Bakong dan Lapok dan wakil dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hadir pada acara tersebut.
Hadir sama Setiausaha tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Datu Dr Penguang Manggil, Timbalan Ketua SPDP Bahagian Marudi Tuai Rumah Benang Pilang, Ketua Wanita SPDP Marudi Teresa Gelang, Ketua SPDP Cawangan Lapok Andrew Amin, Tuai Rumah Buan dari Malang Tengah, Ketua Cawangan SUPP Telang Usan Philip Yap dan Setiausaha PRS Senadin Egi Bangan.
Kawasan Bakong merupakan sebahagian kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Marudi di bawah penyandangnya sekarang iaitu Datuk Sylvester Entri Muran yang juga Menteri Muda Bekalan Air.
Pucuk pimpinan SPDP menamakan anak jati tempatan, Dr Penguang Manggil sebagai calon untuk bertanding dalam PRN yang dijangka diadakan sebelum Mei tahun depan.
Pada PRN 2011, Entri memenangi kerusi Marudi melalui SPDP namun kemudian keluar parti untuk menyertai Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).
Antara isu yang membangkitkan kemarahan penduduk ialah beberapa tuai rumah, ketua kaum dan kaunselor tidak disambung perkhidmatan dan elaun ditahan kerana tidak menyokong perjuangan Entri.
Sekurang-kurangnya enam hingga tujuh rumah panjang kini berpecah belah kerana menjadi pengikut pihak berbeza pegangan politik selain layanan berat sebelah.
Ketua Cawangan SUPP Telang Usan Philip Yap berkata, antara alasan kaum Cina di Marudi menolak Barisan Nasional ialah kerana enggan menerima penyandangnya sekarang.
“Bukan menolak BN namun mereka tidak mahu dengan penyandangnya. Namun dengan calon baharu iaitu Dr Penguang Manggil, kami yakin dapat mengembalikan 65 peratus undi daripada komuniti Cina,” katanya.
Katanya tidak banyak perubahan di Marudi sepanjang empat penggal di bawah penyandangnya sekarang.
- Borneo Post Online
Post a Comment
Slyvester Enteri Muran adalah (ORANG ISLAM) yang menyamar menjadi Iban untuk meraih undi dari masyarakat iban di negara sarawak dan dah bertahun tahun dia menipu masyarakat iban di sini dengan menggunakan nama Slyvester Enteri Muran dan sembunyikan nama islam nya Muhd Nik abdul hadi tapi kali ini pada pilihan raya sarawak 2016 menteri islam menyamar iban ini tidak dapat stand di marudi kerana (Party Cap Langkau) mereka tidak dapat di daftarkan oleh SPR.........padan muka kau babi...