Contohi keterbukaan Najib, ketepikan ego


KUALA LUMPUR - Umno memerlukan lebih ramai pemimpin dan anggota berjiwa besar yang mampu melonjak parti ke arah masa depan lebih gemilang orang Melayu selain mampu menyumbang kepada daya tahan parti dalam pentas politik tanah air, demikian menurut penganalisis dan pemerhati politik negara. 

Tegas mereka, berjiwa besar untuk membuka pintu silaturahim kepada semua yang berbeza pendapat supaya dapat kembali bersatu dan mengukuhkan ikatan Umno bukan hanya menjadi tanggungjawab pemimpin, bahkan anggota parti di setiap peringkat.

Begitulah salam perdamaian yang dihulurkan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak kepada timbalan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang semakin renggang daripadanya dan jemaah Umno, sangat bermakna dalam usaha mengukuhkan ikatan Umno. 

Menurut pensyarah di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain, apa yang berlaku pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno ke-69 pada Sabtu lepas itu seharusnya dicontohi oleh semua pemimpin termasuk di peringkat akar umbi. 

PENTING UNTUK UMNO 

Ini penting agar persiapan Umno untuk menghadapi PRU14 tidak terjejas kerana perselisihan hanya akan merugikan parti.

"Dalam lanskap politik semasa yang rumit ketika ini, Umno mahu atau tidak, mesti memperkukuhkan kedudukannya dalam arus politik tanah air dengan memperkemaskan saf kepimpinannya serta menggandakan usaha meraih sokongan rakyat.

"Saya melihat kewibawaan Presiden Umno menyerlah untuk menyelesaikan perkara berbangkit dan berjaya menyatukan bukan sekadar ahli, tetapi juga di kalangan
pemimpin Umno," katanya kepada Bernama di sini.

Mengimbas kembali, hari terakhir perhimpunan tahunan itu pasti terpahat dalam lipatan sejarah parti terbesar orang Melayu apabila Najib menghulurkan salam perdamaian kepada Muhyiddin, demi perpaduan dan kelangsungan parti.

Ketika salam dihulurkan kepada Muhyiddin, dan disambut bekas timbalan perdana menteri itu, perasaan akar umbi yang hadir di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama tiga hari bermula 10 Dis lepas bercampur baur, ada yang berpelukan, ada yang berteriak, ada yang menangis syukur kerana kedua-dua pemimpin 'bertaut kembali' seperti yang diharapkan anggota parti.

Suasana dalam Dewan Merdeka pula gamat dengan sorakan dan tepukan gemuruh 2,654 perwakilan yang mahu kedua-dua pemimpin melupakan perbalahan dan merapatkan saf untuk mara ke hadapan demi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. 

Apa yang dipinta Najib ialah kesetiaan tidak berbelah bahagi anggota parti terhadap kepimpinannya dan juga kepada Umno.

Justeru, Najib membuktikan bahawa dirinya adalah seorang yang budiman dan pemimpin berjiwa besar, bahkan tidak menyerah kalah serta mengkhianati Umno. 

KETERBUKAAN NAJIB HARUS DISAHUT, DICONTOHI 

Najib mempamerkan sikap berjiwa besar ketika ucapan perasmian Perhimpunan Agung Umno pada Khamis dan mengulanginya ketika ucapan penggulungan di akhir perhimpunan itu. 

"Saya Najib Razak sebagai Presiden Umno memilih untuk berjiwa besar membuka pintu silaturahim kepada semua supaya kita dapat bersatu dan kembali mengukuhkan ikatan Umno," katanya. 

Keterbukaan Najib itu memberi mesej jelas kepada perwakilan dan akar umbi bahawa beliau lebih suka memilih untuk bersikap budiman dan tidak mahu berkonfrontasi dan bersedia duduk berbincang menyelesaikan kekusutan melalui saluran yang betul.

Mohd Izani berkata, tindakan Najib membuktikan bahawa amalan demokrasi dalam Umno masih belum berkubur seperti yang pernah didakwa sesetengah pihak sebelum ini.

"Hentikanlah segala perbalahan kerana ia tidak menguntungkan. Satu hal penting juga ialah tanggungjawab bersama di mana barisan kepimpinan mempunyai satu suara dan tidak terikut-ikut rentak pihak lain yang berkepentingan," katanya. 

KETEPIKAN EGO

Ketua Wanita Umno, Bahagian Paya Besar Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman berkata, penyatuan yang sebenar hanya boleh berlaku seandainya setiap pemimpin ikhlas dan berjiwa besar selain boleh mengetepikan ego masing-masing demi kelangsungan Umno.

"Perwakilan berasa amat lega kerana suasana itu (kekusutan) dalam kawalan. Jadi sebagai satu institusi politik yang sudah wujud lama, kita mesti tunjukkan kematangan kita dan juga tanggungjawab untuk mempertahankan Umno.

"Apa yang presiden lakukan (menghulurkan salam pendamaian) adalah demi menjaga asas parti dan saya rasa itu tindakan yang bijak kerana bila rumah kita tak bergegar lagi, kita rasa lega dan selamat," katanya kepada Bernama.

Bekas ketua wanita Umno itu berkata bagi mereka yang melakukan kesilapan harus mengakuinya dan parti sedia memaafkannya.

"Saya harap mereka ini sedar bahawa Umno itu lebih penting... apa gunanya kita nak merosakkan Umno, apa yang tidak kena dengan Umno?. Kepada pemimpin berkenaan, parti terbuka untuk menerima mereka... Umno adalah rumah kita yang di dalamnya ada adik-beradik kita, sanak-saudara kita, tak mungkin kita nak hancurkan," katanya.

- Sinar Online

Post a Comment

Najib bukannya terbuka, dia penakut dan lemah, malang...

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget