Borneorisasi Bukan Perkauman, kata Baru Bian





KUCHING: Borneorisasi bukanlah perkauman, Borneorisasi merupakan satu perjanjian yang telah termeterai sebelum Sarawak bersama membentuk Malaysia.

Demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.70 Ba’kalalan, Baru Bian yang menyangkal dakwaan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, yang menganggap usul ‘Borneorisasi’ sebagai bersifat perkauman.

Beliau berkata demikian dalam satu Sidang Media di DUN Sarawak hari ini, bagi mengulas tindakan pihak DUN Sarawak yang menolak usulnya berhubung Borneorisasi.

Menurutnya, beliau telah menerima surat dari Setiausaha DUN Sarawak berhubung usul yang diserahkan yang didakwa tidak mengikut undang-undang dan berbaur perkauman.

“Kita kecewa dengan tafsiran yang menganggap Borneorisasi sebagai bebaur perkauman, sedangkan Borneorisasi merupakan satu perjanjian yang telah termeterai sebelum Sarawak menyertai Malaysia,” katanya.

Menyifatkan Speaker sebagai tidak peka serta cetek pengetahuan sejarah, beliau bertegas untuk membawa isu Borneorisasi pada persidangan DUN esok hari.

“Borneorisasi adalah isu penting terutamanya melibatkan perkauman,” ujarnya. - SarawakLive

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget