Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin berkata, keputusan kerajaan pusat tentang dilema UEC disifatkan `tergantung’ terlalu lama.
“Kita khuatir bakat muda kita terpaksa meninggalkan negara kerana tidak dibenar memasuki universiti awam dan perkhidmatan awam,” katanya kepada pemberita petang semalam.
Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin menyokong gesaan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang meminta kerajaan pusat mengiktiraf UEC.
Menurut Lee, Adenan mempunyai pendirian yang kukuh tentang UEC kerana mahu memanfaatkan sepenuhnya bakat muda tempatan.
“Kerajaan pusat harus belajar daripada kebijaksanaan Ketua Menteri dan segera membuat keputusan untuk mengiktiraf UEC di seluruh negara,” jelas Lee.
Untuk mencapai status negara maju, kerajaan harus melihat pendidikan secara perspektif global.
“Sekarang kita hidup dalam era globalisasi. Secara global, banyak negara maju mengiktiraf UEC, kenapa Malaysia tidak.
“Jadi bagaimana kita mahu menjadi negara maju. Untuk mencapai cita-cita ini, kita harus bersikap terbuka dan berpandangan global,” katanya.
Dalam tempoh 20 bulan, Ketua Menteri telah memperkenal dan melaksanakan 45 Prinsip dan Tindakan yang kini mendapat sokongan dan penghargaan rakyat.
Menurut Lee, tiga prinsip dan tindakan secara langsung membantu masyarakat Cina iaitu Cina bukan pendatang, bantuan kewangan untuk sekolah persendirian Cina berjumlah RM3 juta pada 2014, RM4 juta pada 2015 dan RM 5juta pada 2016 serta mengiktiraf UEC untuk biasiswa/pinjaman Yayasan Sarawak dan kemasukan untuk perkhidmatan awam.
“Saya menggesa rakyat khasnya masyarakat Cina memberi sokongan padu kepada Ketua Menteri pada Pilihan Raya Negeri akan datang dan memberi mandat kepada beliau untuk memimpin Sarawak,” ujarnya.-Utusan Borneo
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.