Petronas peruntuk RM2.75 juta untuk program pendidikan komuniti Penan


MIRI: Projek Program Pendidikan Komuniti (Penan) Kawasan Tutoh/Apoh Baram di bawah tajaan Petronas untuk pendidikan awal kanak-kanak Penan di lima kawasan kampung terbabit akan bermula pada Januari 2016.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, kelas itu bermula Januari depan mengguna premis sedia ada sebelum dijadual menggunakan bangunan baharu mulai April 2016.

“Kerja membina projek bangunan baharu dilaksanakan pada awal Disember depan dan dijangka siap pada Mac 2016.

“Manakala kanak-kanak di kawasan projek ini akan mula belajar di bangunan baharu pada April,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat terbabit bersama agensi berkaitan di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen di sini kelmarin.

Turut hadir suami Fatimah yang juga Pengarah Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak Datu Dr Adi Badiozaman Tuah, Senator Datuk Lihan Jok, Temenggung Elizabeth Deng dan beberapa wakil Petronas serta agensi berkaitan.

Jelasnya, program ini akan diteruskan pada Januari 2016 menggunakan apa jua peralatan sedia ada sebelum berpindah ke bangunan baharu yang lebih lengkap.

Menurut Fatimah, lima kawasan dikenal pasti terbabit ialah Long Jenalong, Long Kerangan, Long Leng, Long Kawa dan Long Selulong.

Katanya 55 orang terdiri daipada guru, pembantu guru dan penyelia dipilih bagi menyertai kursus latihan selama tiga minggu bermula pertengahan November ini sebelum ditempatkan di kelima-lima kawasan terbabit.

“Mereka dipilih adalah komuniti Penan sendiri memandangkan ini adalah projek yang melibatkan penduduk tempatan,” katanya.

Jelasnya, kerajaan mahu masyarakat itu terlibat sama dan memastikan projek di bawah tajaan Petronas ini menjadi nyata demi memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai taska atau tadika.

Petronas memperuntukkan RM2.75 juta bagi projek berkenaan dalam tempoh lima tahun bagi memberi peluang pendidikan awal kepada kanak-kanak Penan dan diadakan secara terancang di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) Petronas.

Fatimah menjelaskan, ia juga menyediakan ruang kepada komuniti Penan terlibat secara aktif dalam pengasuhan, bimbingan dan pendidikan anak-anak.

“Bahkan projek ini juga selari dengan cetakan biru pelan pendidikan bahawa kanak-kanak di Sarawak menjelang tahun 2020 mempunyai akses dan ekuiti pendidikan awal kanak-kanak sama ada melalui taska, tadika atau asuhan di rumah,” katanya.

Tambahnya, prasekolah adalah penting bagi membina modal insan yang berkualiti dan sebagai persediaan untuk memasuki pendidikan formal di sekolah rendah.

Kelas itu meliputi kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah dan mengguna kokurikulum pendidikan standard yang telah ditetapkan.

Terdapat 131 kampung Penan di seluruh Sarawak dengan penduduknya 16,173 orang di sekitar kawasan Baram, Miri, Bintulu, Limbang dan Belaga.-Utusan Borneo

Post a Comment

blogger
facebook

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget