Hanya berdebat selepas prosiding PAC selesai – Arul


KUALA LUMPUR – Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy menegaskan, beliau hanya akan berdebat sele­pas prosiding Ja­­­watankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB berakhir.

Kata Arul Kanda, hal ini kerana integriti PAC perlu dihormati dan sebarang debat hanya boleh dijalankan selepas selesai prosiding berkenaan.

Katanya, Speaker Dewan Rak­yat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia merupakan pihak yang mempunyai kuasa mutlak terhadap sebarang perkara yang melibatkan Parlimen.

“Tan Sri Pandikar Amin membuat peraturan bahawa sebarang debat sepatutnya dijalankan selepas PAC membentangkan laporannya dan saya sendiri adalah sebagai saksi dalam jawatankuasa itu.

“Bagi 10 soalan tuduhan fitnah yang ingin dikemukakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam debat itu, akan dijawab oleh 1MDB pada waktu dan forum yang sesuai termasuk melibatkan pihak berkuasa seperti PAC,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pandikar Amin yang meminta supaya debat di antara dirinya dengan Tony dijalankan selepas PAC membentangkan laporan di Parlimen.

Kata Arul Kanda, 1MDB juga i­ngin menegaskan kesediaan untuk tampil di dalam prosiding PAC dan pada masa yang sama, pasukannya akan kekal fokus serta komited terhadap pelaksanaan pelan rasionalisasi 1MDB.

Beliau turut mempersoalkan kenapa pakatan pembangkang mahu menggantikan Tony de­ngan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli selepas wakil rakyat DAP itu enggan meletakkan jawatan dalam PAC.

Malah, Arul Kanda turut me­negaskan, beliau menerima cabaran untuk berdebat tanpa sebarang syarat tetapi mahu menyertai sesi itu bersama-sama Tony dan bukan de­ngan pemimpin pembangkang lain.

Katanya, pakatan pembangkang tidak mempunyai sebarang soalan untuk diperdebatkan dan mereka dilihat berusaha melakukan percubaan untuk mengganggu pada saat-saat akhir.

Katanya, penglibatan pakatan pembangkang dalam isu debat ini dilihat hanya untuk menyelamatkan Tony daripada dimalukan.

“Hal ini jelas menunjukkan terdapat permainan politik dan saya tidak akan berganjak daripada keputusan itu,” katanya.

- Utusan Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget