Sarawak komited bantu rakyat pelbagai kaum


KUCHING: Sarawak komited terus memberi bantuan kepada rakyat pelbagai kaum yang kurang bernasib dan memerlukan dalam usaha memastikan kesejahteraan mereka terjaga.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, ia dilaksanakan dengan dasar yang jelas daripada kerajaan yang mahu menum-pukan pembangunan di luar bandar melalui pelbagai program.

Namun, menurut beliau, Sarawak masih tetap perlu belajar daripada negeri lain untuk memberi bantuan kepada golongan sasaran sekali gus meningkatkan taraf hidup mereka.

“Kita juga perlu belajar daripada apa yang berlaku di negeri lain bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat kita.

“Di Sarawak dasar jelas yang dinyatakan Ketua Menteri kita, adalah menumpukan pembangunan luar bandar agar semua rakyat sama ada Penan, Orang Ulu, Bidayuh, Iban dan kaum lain mendapat manfaat,” ujarya kepada pemberita selepas menerima kunjungan daripada Presiden Public Governance International (PGI) dari Kanada, Jocelyne Bourgon di pejabatnya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa kepentingan, layanan kebajikan dan belas kemanusiaan buat keluarga mangsa kanak-kanak Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang hilang sejak 23 Ogos lepas tidak dijaga dengan baik oleh pihak bertanggungjawab oleh aktivis hak asasi manusia dan peguam Siti Zabedah Kasim, melalui status akaun Facebooknya pada Sabtu.

Fatimah memberitahu, dasar untuk membela dan membangunkan golongan memerlukan dilaksana di seluruh pelosok negara namun terpulang kepada sesebuah kerajaan negeri melaksanakannya.

“Bagi kes Orang Asli di Kelantan, apapun kita akan mempelajari apa yang berlaku di sana untuk kita meningkatkan gaya hidup rakyat kita di sini dan terus dalam usaha itu,” tegas beliau.

Malahan, kata Fatimah, di Sarawak terdapat 27 jabatan di beberapa kementerian telah diwujud untuk menyediakan perkhidmatan serta bantuan khas kepada mereka yang memerlukan dan kurang bernasib baik.

“Misalnya di bawah kementerian kami, pelbagai program diadakan termasuk dalam membasmi kemiskinan sama ada meningkatkan pendapatan mereka, dari segi pendidikan, kesihatan dan keperlua asas kepada golo-ngan sasaran.

“Usaha ini juga dilengkapi peruntukan daripada kerajaan persekutuan yang memboleh-kan kita melatih gologan sasaran menjana pendapatan seperti Program 1AZAM,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Fatimah turut mengumumkan sebagai langkah berterusan, kerajaan negeri bakal melancarkan satu Direktori Sistem Bantuan di bawah pelbagai jabatan dan kementerian bagi memudah-kan permohonan bantuan diperlukan.

Katanya, pelancaran dijangka dirasmi Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada November sempena program pameran anjuran kementerian dan ia membantu semua golongan yang memerlukan bantuan.

“Ini satu lagi langkah kita untuk membantu rakyat kita dan seperti kita sedia maklum bahawa kebajikan adalah tanggungjawab semua pihak,” kata Fatimah.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget