Pendedahan SPRM siasat ‘orang paling berkuasa’ di Malaysia, apa kesudahannya?


Pendedahan yang dibuat oleh Datuk Seri Zakaria Jaffar iaitu bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang secara rasminya bersara semalam bahawa siasatan SPRM melibatkan ‘orang paling berkuasa’ di Malaysia mengesahkan beberapa perkara mustahak.

Pertama, gangguan terhadap SPRM dimana 7 orang pegawai disiasat dan arahan pertukaran ke Jabatan Perdana Menteri beberapa bulan yang lepas berkemungkinan ada kaitannya dengan ‘orang paling berkuasa’.

AkmalKedua, walaupun menghadapi pelbagai tekanan dan cabaran, SPRM masih lagi sedang menjalankan siasatan dan ini akan terus menjadi duri dalam daging kepada ‘orang paling berkuasa’ tersebut.

Ketiga, mereka yang tahu selok-belok atau terlibat membantu siasatan ini hanya mampu bersuara setelah mereka dipindahkan atau bersara. Ini menunjukkan tekanan ‘orang paling berkuasa’ begitu hebat dan pegawai-pegawai ini hanya tampil setelah mereka bukan lagi dalam sistem.

Kesimpulannya, jika trend atau perkembangan ini berterusan, memang jelas akhirnya hasil siasatan SPRM akan sia-sia belaka kerana sebarang tindakan terhadap ‘orang paling berkuasa’ tidak akan berlaku selagi beliau berkuasa.

Pegawai-pegawai SPRM perlu suntikan semangat pahlawan?

Jika Bank Negara Malaysia boleh dedahkan hasil siasatan mereka dan menunjukkan pelanggaran undang-undang pemindahan wang oleh 1MDB, maka sudah pasti SPRM juga mampu dedahkan hasil siasatan kepada seluruh rakyat Malaysia agar kita tahu identiti dan kesalahan undang-undang oleh ‘orang paling berkuasa’.

Akmal Nasir
Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW)

-Keadilan Daily
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget