Ahli PEDAS diminta bertenang berhubung isu babit presiden


MIRI: Ahli Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS) di seluruh negeri diminta bertenang dan tidak mencetuskan sebarang kontroversi ekoran siasatan ke atas Presidennya Mejar (B) Collin Imran, pada Rabu lalu.

Collin dalam kenyataannya di sini, semalam memberitahu bahawa siasatan yang dijalankan ke atasnya ialah prosedur biasa yang dilakukan oleh pihak polis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah, berhubung satu laporan polis yang dibuat di Balai Polis Gita, Kuching pada September lalu.

“Semalam (7 Oktober) saya dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan polis berhubung perhimpunan yang diadakan di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuching, pada September lalu semasa perbicaraan kes Tuai Rumah Sandah dari Machan, Kanowit, melibatkan kes tuntutan ‘Pemakai Menua dan ‘Pulau Galau’ antara mereka dengan Kerajaan Negeri Sarawak,” jelasnya.

Menurut Collin, beliau menerima surat daripada Balai Polis Daerah Kuching bulan lepas meminta beliau datang ke balai berkenaan untuk diambil keterangan pada 28 September lalu.

Bagaimanapun beliau me-mohon agar keterangan tersebut diambil di Balai Polis Pusat Miri di sini dan kemudiannya diminta untuk hadir ke Balai Polis Pusat Miri, pada pagi 7 Oktober lalu untuk diambil keterangan oleh pegawai penyiasat di sini.

Beliau turut menasihat ahli-ahlinya supaya tidak perlu berasa takut atau panik selagi mereka tidak melakukan apa-apa jenayah.

“Kita tidak perlu takut dalam perjuangan kita, lebih-lebih lagi bercakap soal mempertahan hak yang sememangnya milik kita,” ujarnya.

Malah katanya, PEDAS akan terus bersama penduduk peribumi negeri ini untuk bersama-sama mempertahankan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), khususnya yang me-libatkan masyarakat Dayak dan menjaga kepentingan mereka.

Dalam pada itu, lebih 20 ahli PEDAS Miri telah mengiringi beliau untuk memberi keterangan yang berlangsung selama setengah jam di Balai Polis Pusat Miri di sini kelmarin (Rabu) yang diketuai oleh peguamnya Abun Sui.

Sementara itu, Abun berkata siasatan ke atas anak guamnya itu adalah prosedur biasa bagi pihak polis dalam melakukan siasatan sekiranya ada laporan polis oleh mana-mana pihak bagi melengkapkan siasatan.

“Sama ada terdapat pendakwaan selepas ini atau sebaliknya, ia bergantung kepada hasil siasatan kerana ia juga melibatkan banyak pihak,” jelas beliau lagi.

PEDAS kini mempunyai hampir 3,000 ahli di seluruh negeri Sarawak dan akan sentiasa memandang serius kes-kes pertikaian hal tanah NCR.-Utusan Borneo
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget