Calon wanita Bidayuh pertama, Athina Klaywa Sim disifatkan berjaya menambat hati pengundi melayu di N.18 Serembu.
Pengamal undang-undang itu dilihat sangat akrab dengan penduduk setempat terutama golongan wanita dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baru diwujudkan hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya Sarawak itu.
Seorang penduduk Kampung Kerinji yang hanya mahu dikenali sebagai Noraini menyifatkan Athina sebagai yang individu tepat bagi mewakili mereka.
“Athina sangat perihatin pada penduduk, sudah tentu kami yakin dengan kemampuannya,” katanya.
Difahamkan penduduk kampung tersebut telah berhadapan dengan masalah pencemaran udara akibat aktiviti kuari batu dikawasan tersebut.
Aktiviti itu turut menyebabkan rumah didiami mereka retak, selain meletakkan mereka pada risiko terlibat dengan kemalangan.
Athina sementara itu berjanji untuk meletakkan isu ini sebagai keutamaan bagi diselesaikan jika diberi mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang selain beberapa isu lain.
Personaliti muda berusia 27 tahun itu mula mencuri perhatian ramai apabila dianggap sebagai ancaman besar oleh BN sehingga mereka terpaksa menggunakan segala jentera dimiliki termasuk media massa bagi mempertikai kemampuan calon wanita dipertaruhkan KEADILAN itu.-Keadilan Daily
Post a Comment