'Saya pilih untuk taat dan setia, kepada kepimpinan Dr M pada 1987'


Presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata sepanjang beliau menempuh onar dan ranjau kerjaya menjadi ahli politik dan anggota pentadbiran, beliau tidak pernah menjatuhkan sesiapa, apatah lagi untuk mengkhianati parti Umno.

"Laginya, hampir kesemua orang yang pernah terlibat dalam politik negara ini pastinya maklum, bahkan tercatat dalam lipatan sejarah parti ini, bahawasanya, Najib Razak ini, Saya jugalah pada tahun 1987, di persimpangan getir untuk menyebelahi pucuk pimpinan Umno pada masa itu, telah dengan penuh kasih dan hormatnya, tetap memilih untuk taat dan setia, kepada kepimpinan Tun Dr Mahathir, dalam mempertahankan kedudukannya ketika itu, sebagai presiden Umno, sekaligus mengekalkan dirinya sebagai perdana menteri," katanya

Berbalik kepada situasi semasa Umno, tegasnya, dimaktubkan dalam perlembagaan parti bahawa, amanah besar dan tanggungjawab yang terpikul di bahu seorang presiden, melalui fasal 9.8.1, adalah menjadi pemimpin utama dan bertanggungjawab menjaga kesempurnaan perjalanan parti.

"Manakala, fasal 9.8.2, dengan terang secara harafiahnya, memperincikan tanggungjawab dan amanah utama, bagi seorang timbalan presiden itu, fasalnya itu menyebut, “Timbalan Presiden membantu tugas-tugas Presiden”.

"Manakala, bagi fasal 9.8.3 pula, tanggungjawab dan amanah Naib-naib presiden itu dinyatakan sebagai,… “Naib-Naib Presiden itu kerjanya membantu tugas-tugas Presiden”.

"Merujuk kepada ahli-ahli pula, fasal 6.1.1 dan 6.2.1, antara intipatinya menyatakan bahawa, tanggungjawab dan hak “Ahli-Ahli UMNO” ialah memegang teguh dasar parti dan melaksanakan tujuan-tujuannya serta berhak mengemukakan pendapat kepada parti, tetapi mestilah melalui saluran yang betul," katanya.

Najib menegaskan demikian ketika menyampaikan ucapan dasarnya di perhimpunan agung Umno di PWTC pagi ini.

"Lantas, dengan berpegang dan memahami maksud perlembagaan ini, barulah pertubuhan atau jamaah Umno kita ini mampu bergerak dalam ikatan yang kukuh dan sempurna, dipandu oleh etika-etika mahupun tatasusila parti yang sudah disepakati bersama.

"Itulah rahsia, dan itulah formula, sesebuah parti politik seperti kita, yang telah bertahan dengan jayanya sehingga kini, mudah-mudahan sampai bila-bila," tegasnya.

- Malaysiakini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget