Terima kasih kepada Yayasan Teras, ramai anak-anak Dayak ‘terselamat’


FOKUS SARAWAK: Sejak penubuhannya 21 tahun lalu oleh Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Yayasan Pendidikan Teknikal Sarawak (Yayasan Teras) telah membawa dua pencapaian penting yang ramai orang tidak sedari.

Pertamanya, ia berupanya menyatukan dua kumpulan “musuh ketat” untuk bekerjasama dan berkhidmat demi kebaikan komuniti Dayak. Bekas presiden PBDS Leo Moggie dan Daniel Tajem telah bertelagah dengan James Masing, Wilfred Nissom dan Joseph Entulu terhadap kepimpinan PBDS. Pertelagahan mereka telah membawa kepada pembatalan pendaftaran PBDS pada Oktober 2004.

Masing dan kumpulan beliau menubuhkan sebuah parti baru - Parti Rakyat Sarawak.

Pembatalan pendaftaran PBDS telah meninggalkan bangunan dua tingkat dan Yayasan Teras. Bangunan itu perlu diserahkan kepada jabatan insolvensi, manakala Yayasan Teras terbiar.

Tajem presiden terakhir PBDS dan ahli majlis tertinggi bersetuju bahawa bangunan itu harus diberikan kepada Yayasan Teras.

Mereka juga bersetuju bahawa PRS harus teruskan kerja yang ditinggalkan oleh PBDS berkaitan dengan Yayasan Teras. Justeru makan malam pada 2 Oktober adalah sebahagiannya untuk menyambut “perpaduan Dayak” dengan Moggie dan Tajem menjabat tangan Masing, Nissom dan Entulu.

Moggie bertindak sebagai pengerusi lembaga pemegang amanah dengan Masing sebagai timbalan dan Tajem sebagai ahli lembaga itu.

Pencapaian kedua adalah Yayasan Teras PBDS telah “menyelamatkan” lebih 500 orang pelajar Dayak daripada masalah kewangan dan membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke pendidikan tinggi.

Amaun biasiswa itu tidaklah beasr, tetapi Yayasan Teras telah meyelamatkan mereka apabila permohonan mereka terhadap biasiswa lain seperti Yayasan Sarawak dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ditolak.

Yayasan Teras hanya menawarkan biasiswa kepada mereka yang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, kejuruteraan, perakaunan dan ijazah teknikal dan sains yang lain.

Sehingga kini, Yayasan Teras telah memberikan bantuan kewangan berjumlah sehingga RM3.2 juta kepada lebih 500 orang pelajar Dayak dalam pelbagai bidang di universiti dan kolej awam dan swasta seluruh negara.

Pada makan malam untuk menyambut kejayaannya, ia telah mendedahkan bahawa dua daripada penerimanya adalah pemegang Ijazah Kedoktoran, empat pemegang Ijazah Sarjana, 191 pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai disiplin teknikal dan 223 pemegang diploma.

Terdapat juga 73 penerima di peringkat matrikulasi dan sijil.

Sesetengah daripada pelajar ini memegang jawatan penting dalam sektor awam dan swasta, sementara yang lain telah menjadi pensyarah dan usahawan berjaya.

Rudy Tawie telah dipetik oleh Yayasan Teras sebagai salah seorang pemegang biasiswa yang paling menonjol dan berjaya. Selepas menamatkan pengajian di UiTM dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, beliau melanjutkan pelajaran ke Heriot-Watt University di UK untuk Sarjana Kejuruteraan Awam.

Beliau kemudian menamatkan pengajian dalam Kedoktoran dalam kejuruteraan awam di salah satu universiti terkemuka dunia - Korean Advance Institute of Technology.

Beliau sekarang ini seorang pensyarah senior di UiTM Kota Samarahan.

Berucap di makan malam itu, Moggie memuji kejayaan pelajar-pelajar Teras, berkata bahawa beliau tersangat bangga untuk mengatakan pencapaian yang dibuat oleh pelajar yang ditaja oleh yayasan itu.

“Yayasan Teras melabur dalam bakat,” kata beliau.

Sementara sesetengah daripada pelajar telah berjaya mendapat pekerjaan dalam sektor awam dan korporat, mereka yang lain yang lebih suka cabaran menggunakan skil keusahawanan dan kelayakan akademik mereka untuk menubuhkan syarikat mereka sendiri seperti menceburi bidang korporat yang tiada sempadan, kata beliau.

Sementara itu, dalam satu temubual ibu bapa yang hadir di makan malam itu ingin tahu jumlah penerima daripada Yayasan Sarawak yang telah ditubuhkan 44 tahun lalu.

Kenapa ianya senyap-senyap tentang tawaran biasiswa dan bagaimana untuk memohonnya?

Yayasan Sarawak telah ditubuhkan pada 1971 dengan sasaran memberi sokongan kepada pembangunan kualiti modal insan dan komuniti yang lebih baik.

Ia mempunyai enam objektif, salah satunya memberi biasiswa atau memberi bantuan kewangan dalam apa-apa bentuk kepada seseorang yang lahir di Sarawak untuk melanjutkan pelajaran di sekolah, kolej, universiti atau institut pengajian tinggi di Malaysia dan luar negara.

Ianya pasti menarik untuk diketahui siapa penerimanya dan pecahan mengikut bangsa seperti berapa ramai Melayu, Cina, Iban, Bidayuh, Kayan, Kenyah dan India, kata ibu bapa yang marah yang mana permohonan tiga orang anaknya dengan Yayasan Sarawak telah ditolak.

Tetapi adakah ia akan mengeluarkan butiran terpeinci?

Sebuah yayasan yang ditubuhkan untuk membantu para pelajar seharusnya tiada apa yang perlu disembunyikan.-The Ant Daily

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget