M’sia tak boleh benarkan Akta Pemberi Maklumat jadi sandiwara


SEKILAS PANDANG: Udara dan persekitaran terasa menekan dan putus harap yang tergantung seperti langit mendung menyuramkan negara ini ketika lebih ramai rakyat Malaysia bertambah risau dan bimbang tentang negara yang menjadi sehina anjing dan mereka yang mahukan perubahan berlaku pula lagaknya seperti anjing menyalak bukit.

Cuba suarakan atau dengan sopan menawarkan pendapat berbeza di negara ini dan lihat bagaimana kerajaan BN mengendalikannya sehingga sampai ke tahap menjadikan Akta Pemberi Maklumat 2010 tidak lebih sekadar sandiwara.

Wujud kisah di masa lepas di mana mereka yang mendedahkan rasuah dan salah laku yang berlaku- tidak menerima perlindungan kerana cukup berani untuk tampil ke hadapan dan memberikan maklumat- akhirnya mereka pula menerima hukuman.

Inilah kes Khairuddin Abu Hassan yang telah ditahan untuk siasatan kerana memberikan dokumen kepada pejabat peguam negara Switzerland di atas kekecohan hutang RM42 bilion 1MDB.

Khairuddin ialah seorang pemberi maklumat yang menemui sesuatu yang mencurigakan. Tetapi berbanding pergi kepada polis Malaysia atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dia membawa kisah yang diketahuinya kepada pihak berkuasa Swiss walaupun mengetahui yang dia akan ditangkap kerana bertindak mencabar kedaulatan negara ini.

Tetapi mengapakah dia sangat terdesak untuk mendapatkan sebuah badan berkuasa bebas bagi menyiasat perkara itu? Adakah dia tidak mempercayai polis tempatan kita atau SKMM atau badan penghakiman Malaysia bagi menjalankan siasatan secara adil dan berkecuali tanpa mengira kedudukan orang dalam negara yang perlu disiasat?

Hakikatnya semakin jelas yang semakin ramai rakyat Malaysia yang hilang keyakinan kepada institusi kerajaan yang sepatutnya menjunjung undang-undang dan keadilan di negara ini. Khairuddin, walaupun mengetahui risiko yang dihadapinya, memutuskan yang satu-satunya cara untuk keadilan ditegakkan ialah pergi mendapatkan bantuan pihak berkuasa Swiss.

Kerana itulah Khairuddin kini sedang merengkok dalam penjara selaku pemberi maklumat selama 28 hari menunggu siasatan di bawah akta keselamatan yang baru- Akta Pencegahan Keselamatan (Tindakan Khas) 2012 atau Sosma.

Sosma, yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri, menafikan hak untuk keperluan mendapatkan reman tangkap dari seorang hakim.

Sosma membolehkan penangkapan dan penahanan mana-mana orang hanya berdasarkan syak wasangka pegawai polis bahawa mereka terlibat dalam kesalahan yang mengancam keselamatan- yang di definisikan sebagai satu kesalahan di bawah beberapa seksyen Kanun Keseksaan- yang mana merupakan satu penghalang kepada pemberi maklumat untuk bertindak dan satu lagi undang-undang menekan di negara ini.

Tetapi mengapa menahan Khairuddin kerana memilih kepada siapa dia mahu mendedahkan maklumat yang dia ada, jelas sekali kerana dia tahu bahawa hanya sia-sia untuk mengharapkan pihak berkuasa dalam negara untuk melakukan siasatan dan pertanyaan yang terbuka dan telus.

Kerana inilah institusi perundangan Malaysia sedang berhadapan dengan krisis kewibawaan yang sangat teruk dan lebih ramai rakyat Malaysia mula menyuarkan ketidakpuasan hati mereka dan membawa salah laku dan rasuah dalam negara kepada masyarakat antarabangsa dalam tindakan terdesak untuk meminta pertolongan menegakkan keadilan di Malaysia.-The Ant Daily

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget