Murid didakwa dibelasah guru

Mangsa masuk hospital selepas dipercayai ditendang, ditampar kerana tidak menyiapkan kerja rumah.

DIRAWAT: Mangsa ditahan di wad Hospital Miri.
MIRI: Seorang murid lelaki tahun enam sebuah sekolah rendah di Long Lama dimasukkan ke Hospital Miri kelmarin selepas dipercayai ditendang, ditampar serta dipukul guru menggunakan pembaris kerana tidak menyiapkan kerja rumah.
Dalam kejadian 9 pagi kelmarin, mangsa, 12, mengalami sesak nafas dan hampir pengsan selepas mendakwa ditendang dan ditampar sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Long Lama untuk mendapatkan rawatan.
SAKIT: Kesan lebam akibat pukulan di bahagian leher mangsa.
SAKIT: Kesan lebam akibat pukulan di bahagian leher mangsa.
Abang mangsa ketika ditemui di Hospital Miri semalam berkata, tindakan guru itu keterlaluan dan boleh disifatkan sebagai mendera murid.
“Guru tersebut yang saya temui di Klinik Long Lama menjelaskan, dia gagal mengawal emosi kerana marah selepas mengetahui adik saya tidak membuat kerja rumah.
“Sepatutnya sebagai guru, dia mengambil pendekatan lebih baik bukan melalui cara kekerasan dengan menendang dan menampar sehingga dimasukkan ke hospital,” katanya.
Menurutnya, adiknya mengalami kesakitan dalaman di bahagian belakang, lebam di leher kiri dan kesakitan di bahagian muka, justeru dibawa ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan lanjut pada hari sama.
Mangsa kemudian menjalani pemeriksaan imbasan X-ray dan dimasukkan ke wad untuk pemerhatian lanjut, jelasnya.
Abang mangsa turut membuat laporan polis di Balai Polis Beluru di Bakong untuk membolehkan siasatan dijalankan ke atas kes itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS) mahu pihak berkuasa dan sekolah membuat siasatan rapi dan mengambil tindakan segera terhadap guru terbabit. -Utusan Borneo.
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget