Lelaki kempunan pelacur, RM3,000 miliknya dikebas



SIBU: Hasrat seorang lelaki bersanggama dengan pelacur bukan sahaja tidak kesampaian malah wang tunai sejumlah RM3,000 turut dikebas selepas diserang tiga lelaki tidak dikenali.
Kejadian berlaku di sebuah bilik hotel, Jalan Market di sini sekitar jam 2 pagi, Jumaat lalu selepas lelaki berusia 40-an pulang berteman seorang wanita dipercayai pelacur ditemui di satu tempat tidak dikenal pasti.
Terdahulu, lelaki tersebut dikatakan minum bersama rakan-rakan di sebuah lokasi berhampiran sehingga minuman keras merangsangkan hajatnya untuk mencari ‘teman tidur’ bagi memenuhi nafsu berahinya.
Setelah pasangan dicari menepati cita rasa lelaki yang bekerja sebagai buruh itu, mereka pergi ke sebuah hotel bajet.
Menurut fakta kes, mereka didatangi tiga orang lelaki yang tidak dikenali memakai topi keledar yang menerjah bilik penginapan mangsa.
Mungkin dipengaruhi minuman keras menyebabkan mangsa berasa loya dan tidak terdaya melawan. Tiga lelaki itu dipercayai bertindak menahan, mencekik dan salah seorang daripada mereka menyeluk dompet di kocek seluarnya.
Menurut sumber, wanita bersamanya baring di dalam bilik penginapan tersebut dikatakan lesap selepas mangsa diserang.
Difahamkan, dompet mangsa mengandungi wang tunai kira-kira RM3,000 dirampas oleh lelaki terbabit.
Mangsa melaporkan telefon bimbit, kad ATM dan kad pengenalan disimpan dalam dompetnya juga hilang.
Beliau tampil ke Balai Polis Sentral membuat aduan setelah menyedari apa dihadapinya.
Mangsa dikatakan baharu sahaja diberi cuti oleh majikan selepas tidak dibenarkan bercuti pada cuti umum sebelum ini.
Hasrat mangsa untuk pulang bercuti ke Bintulu terjejas selepas beliau kehabisan wang dalam koceknya.
Bertindak daripada maklumat, polis melakukan siasatan di lokasi kejadian.
Ketua Polis Sibu, ACP Mohd Kamal Kordi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes itu disiasat di bawah Seksyen 382 Kanun Keseksaan.
Katanya, punca dan motif kejadian masih dalam siasatan dan beliau tidak menafikan kumpulan lelaki menyerang mangsa melakukan jenayah yang dirancang.
“Siasatan awal polis mendapati memang mereka (tiga suspek) merancang jenayah tersebut dan polis sedang mengesan penjenayah terbabit,” katanya.
Pada yang sama, beliau mengingatkan orang awam supaya tidak mudah terpedaya dengan helah digunakan penjenayah menggunakan MO (modus operandi) yang sama.
Sebelum ini, terdapat kes terdahulu melibatkan mangsa lelaki melaporkan kehilangan harta benda selepas menginap bersama pasangan baharu dikenali di hotel bajet.
Kebanyakan pengadu melaporkan pasangan baharu dikenali mereka menghilangkan diri sebelum menyedari harta benda milik mereka hilang. -Utusan Borneo.
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget