PKR persoal kenyataan bercanggah 'laut merah' Kuantan


PKR mempersoalkan kenyataan yang bercanggah yang dibuat oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, atuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Konsortium Pelabuhan Kuantan (KPC) berkenaan dengan fenomena "laut merah" di Kuantan.

Mengulas mengenai kenyataan yang dibuat oleh Wan Junaidi hari ini, Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh berkata menteri berkenaan sendiri mengakui pencemaran itu adalah disebabkan oleh aktiviti perlombongan bauksit.

“Menteri sendiri akui laut tercemar (laut berwarna merah) kerana stok simpanan bauksit tidak diangkut keluar dari pelabuhan, bertentangan dengan penjelasan sebelumnya oleh Konsortium Pelabuhan Kuantan (KPC).

“Saya nasihatkan pihak yang terlibat untuk menyemak insiden yang berlaku sebelum mengeluarkan jawapan yang tidak tepat,” kata Syed Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Rakyat, katanya, tidak mudah dikelirukan dan akan terus memantau sehingga isu bauksit ini selesai.

Wan Junaidi dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini mengumumkan satu moratorium selama tiga bulan bagi menghentikan perlombongan bermula dari 15 Januari bagi memudahkan pembersihan stok simpanan yang sedia ada.

Wan Junaidi mengakui stok simpanan bauksit di pelabuhan itu telah menyebabkan pencemaran, termasuk ‘laut merah’ di Pantai Batu Hitam.

Oleh itu, beliau juga telah mengarahkan KPC untuk membersihkan kemudahannya.

KPC, Isnin lalu menafikan bahawa 'laut merah' di Pantai Balok dan Pantai Batu Hitam adalah disebabkan aktiviti perlombongan bauksit.

Alasannya, kata Ketua Pegawai Operasi KPC, Khasbullah A Kadir, sungai yang menghala ke laut di dua kawasan itu tidak bersambungan dengan Sungai Pengorak di Pelabuhan Kuantan.

- Malaysiakini
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget