Prof. Datuk Dr. Mohamad Kadim Suaidi.

Unimas lahir graduan holistik, penuhi keperluan pasaran kerja

Prof. Datuk Dr. Mohamad Kadim Suaidi.
KUCHING  – Kajian me­nunjukkan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berjaya melahirkan siswazah yang holistik dan mampu memenuhi kehendak pasaran dengan 80 peratus daripada mereka memperoleh pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pe­ngajian.

Naib Canselor Unimas, Prof. Datuk Dr. Mohamad Kadim Suaidi berkata, kajian tersebut juga me­nunjukkan 95 hingga 100 peratus siswazah Unimas dalam bidang perubatan, kejuruteraan, kejururawatan dan teknologi maklumat mendapat pekerjaan sebaik sahaja menamatkan pe­ngajian.

Sebagai contoh, katanya, mahasiswa kejururawatan mendapat banyak permintaan dari luar negara walaupun belum menamatkan pengajian yang mana Unimas merupakan antara beberapa ins­titusi pengajian tinggi (IPT) yang mempunyai program kejururawatan di peringkat ijazah.

“Kita yakin Unimas berada di laluan yang tepat dalam melahirkan modal insan berkualiti untuk memenuhi keperluan negara,” katanya kepada Utusan Malaysia dalam temu bual sempena Majlis Konvokesyen Unimas Ke-19 di sini baru-baru ini.

Menurutnya, pelbagai program dan aktiviti dilakukan bagi menyediakan mahasiswa Unimas dengan semua kemahiran yang diperlukan seperti penyelesaian masalah untuk membantu mereka apabila berada di luar nanti.

Tambahnya, Pesta Konvoke­syen (ConFest) yang sedang berlangsung selama seminggu ini misalnya telah diuruskan sepenuhnya oleh mahasiswa dengan baik menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam pembelajaran seperti keusahawanan, pe­ngurusan dan lain-lain.

Mengulas mengenai pengliba­tan Unimas dengan komuniti, beliau berkata, banyak kajian dan aktiviti dibuat menjurus kepada membantu masyarakat yang merupakan bidang teras universiti iaitu kelestarian transformasi komuniti.

“Sarawak merupakan negeri terbesar di negara ini dengan komunitinya terpisah iaitu lebih 40 etnik tinggal jauh dari aliran pembangunan perdana yang mana sebahagiannya menetap di kawasan pedalaman dan luar bandar.

“Contohnya, program e-Bario yang dilaksanakan sejak 1999 di sebuah kampung di Bario yang dulunya tidak mempunyai akses Internet telah dibangunkan de­ngan pusat telekomunikasi,” katanya.

Beliau berkata, penyelidik Uni­mas bukan hanya menyediakan kemudahan komunikasi tetapi turut memberikan pendidi­kan agar masyarakat dapat memanfaatkan teknologi tersebut.

Ketika ini, katanya, terdapat penduduk sudah boleh memasarkan produk mereka secara dalam talian kepada orang ramai.

Selain itu, ujarnya, e-Bario yang diperkenalkan oleh Unimas sudah diperluaskan ke tempat lain seperti Long Lamai di Sarawak, Sabah dan perkampungan Orang Asli di Kelantan, Pahang serta Terengganu.

- Utusan Online

Post a Comment

blogger
facebook

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget