Rakyat Sarawak mahu Mahdzir dihalang memasuki negeri itu, bukannya Pua


KOMEN: Siapa yang lebih “berbahaya” kepada Sarawak?

Adakah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP Tony Pua yang mahukan skandal 1MDB disiasat atau Mahdzir Khalid, pemimpin Umno yang menghamburkan kata-kata perkauman?

Pua, yang juga setiausaha publisiti DAP, telah dihalang dari memasuki Sarawak pada 25 September 2015 kerana kritikan beliau terhadap firma pelaburan negara 1MDB yang diselubungi hutang dan mahukan skandal itu disiasat.

Di sisi lain, Mahdzir, seorang pemimpin Umno dan Menteri Pendidikan telah dilaporkan menyalahkan Kristian dan Yahudi di atas perpecahan di kalangan orang Melayu.

Mempengerusikan perhimpunan Umno di Hulu Langat pada 9 Ogos, bekas Menteri Besar Kedah itu berkata, “Yahudi dan Nasrani sudah berjanji selagi ada bulan dan bintang, selagi ada bumi sebelum kiamat kami akan menentukan nasib umat Muhammad ini dalam keadaan yang payah dan keliru serta berpecah belah sesama mereka”

“Ini adalah janji Yahudi dan Nasrani.”

Tuduhan beliau menyakiti perasaan orang Krisitan di Sarawak yang membentuk kira-kira 60% daripada 2.6 juta penduduk negeri.

Kepada ramai rakyat Sarawak, beliau yang seharusnya dihalang memasuki Sarawak dan bukannya Pua.

Sebagai Menteri Pendidikan, Mahdzir pastinya akan membuat penampilan di Sarawak untuk membantu kempen PBB dalam pilihan raya negeri akan datang.

Tetapi adakah Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem berani untuk menghalang Mahdzir daripada memasuki negeri itu?

Berapa serius Adenan menentang mana-mana fanatik agama daripada datang ke negeri itu?

Mari kita tunggu dan lihat.

Sementara itu, Archbishop Gereja Anglican Bolly Lapok di Sarawak dan Brunei meminta menteri itu memohon maaf di atas tuduhan tidak berasas ke atas Kristian.

Dalam satu kenyataan, Lapok berkata bahawa sebagai ahli Gereja Anglican di Sarawak dan Brunei mereka mahu meluahkan kerisauan mendalam mereka terhadap kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pendidikan itu.

Ketika mesyuarat Biennial Synod ke-27 dari 14-16 September, Diocese Kuching memutuskan untuk membuat protes terhadap tuduhan tidak berasas sebegitu dan menyeru menteri itu memohon maaf kerana membuat kenyataan memecah-belah dan bersifat hasutan itu.

Archbishop Bolly berkata bahawa hakikat bahawa 70% populasi Sarawak adalah bukan-Muslim dan 60% Kristian di Malaysia menetap di Sabah dan Sarawak, di mana Kristian, Muslim dan rakyat pelbagai kepercayaan, merangkumi lebih 30 komuniti etnik, tinggal bersama.

Mereka hidup dengan aman dan harmoni untuk banyak generasi lama sebelum penubuhan Malaysia, beliau berkata.

“Perpaduan budaya dan agama dan kepelbagaian, terutmanya di kalangan rakyat Sarawak, telah selamat ujian malahan waktu paling sukar seperti Perang Dunia Kedua, pendudukan komunis dan Konfrontasi.

“Perpaduan ini mestilah bukan sahaja dipelihara demi manfaat dan kesejahteraan generasi akan datang tetapi diterima dan dilindungi sebagai kurniaan Tuhan. Jadi ianya sangat disesalkan, secara terang-terangan tidak sensitif dan mengelirukan buat menteri itu yang mengeluarkan tuduhan keterlaluan begitu,” kata beliau.

Rekod sejarah telah menunjukkan bahawa Kristian tanpa mementingkan diri telah merintis dan menyumbang kepada bidang pendidikan, penjagaan kesihatan awam dan membina negara untuk lebih daripada seabad.

Archbishop itu berkata bahawa kecenderungan tidak rasional untuk memfitnah dan memburukkan sesama warga sewenang-wenangnya demi kepentingan politik dan memberi kesan buruk kepada perpaduan dan keharmonian negara mestilah dihentikan.

“Tambahan pula ianya tragik yang Malaysia telah jatuh ke tahap di mana institusi pelajaran kita juga tidak terlepas daripada penyelewengan politik. Ianya mustahil untuk terlalu mementingkan kepentingan tanggungjawab semua yang diletak kepercayaan dengan pendidikan pelajar, terutamanya Menteri Pendidikan.

“Pastinya mereka untuk memastikan bahawa minda muda di sekolah, kolej dan universiti dipelihara daripada dikelirukan dan didedahkan kepada sebarang bentuk ketaksuban yang akan menyemai perpecahan dalam masyarakat berbilang bangsa kita,” beliau berkata.

Kanak-kanak perlu persekitaran terbaik untuk berkembang maju, beliau menambah.

“Sebagai Kristian, kami hidup dengan undang-undang yang mengawal selia negara ini yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan berusaha untuk menggalakkan keamanan, keadilan dan kecintaan dalam semua masyarakat.

“Menteri itu harus meminta maaf,” beliau menekankan.-The Ant Daily

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget