Pensyarah dan penganalisis politik itu berkata, Adenan tidak sepatutnya bercakap ‘hanya sedap mulut’ kerana beliau hanya ahli politik bukan pakar pendidikan.
“Jangan sedap mulut bercakap tindakan kerajaan Pusat bodoh. Yang bercakap itu, pandai sangatkah? Ketika berada dalam Kabinet suatu ketika dahulu, kenapa menikus?
“Tidak semua ahli politik pakar. Sekadar ada ijazah asas, masih belum pakar. Maka rujuklah pakar. Bukan buat kelakar,” tulis di ruangan rencana di akhbar Sinar Harian.
Ridhuan Tee berkata, kerajaan Pusat tidak iktiraf UEC kerana tidak memenuhi keperluan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
“Standard komponen Bahasa Malaysia UEC tidak setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), liputan kurikulum Sejarah UEC bagi sejarah negara ini juga terhad.
“Pendek kata, syaratnya amat mudah. Mereka hanya mahukan kecinaan itu dikekalkan,” katanya.
Katanya, Pakar Perlembagaan, Shad Saleem Faruqi telah menjelaskan Perlembagaan hanya membenarkan hak untuk belajar bahasa ibunda bukan hak belajar dalam bahasa ibunda.
“Jika UEC sangat baik, sila ambil SPM bersekali, dapat dua sijil. Bersusahlah sedikit. Kenapa kerajaan juga dipersalahkan,” katanya.
Ridhuan Tee berkata, dia memuji dan menyanjung tinggi Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang tidak menuntut sekolah berasaskan etnik.
“Jika tidak, ribuan sekolah berasaskan etnik akan wujud. Inilah kelebihan Bumiputera di sana,” katanya.
Sehubungan itu, Redhuan Tee menasihatkan orang politik berhenti bercakap perkara bodoh dan menuduh kerajaan bodoh yang membawa maksud menteri dan timbalan menteri juga bodoh.
“Adakah kita hanya pandai setelah keluar dari sistem. Sedih apabila melihat ahli politik tidak berfikir dahulu sebelum bercakap atau bertindak sehingga terserlah kebobrokan,” katanya.-Free Malaysia Today
Post a Comment