Kerajaan persekutuan diharap iktirafkan penggunaan ‘Dayak’


KUCHING: Masyarakat Dayak di negeri ini kecewa dengan sikap sambil lewa kerajaan persekutuan terhadap seruan mereka men- dapatkan pengiktirafan penggunaan ‘Dayak’ dalam borang rasmi kerajaan.

Aktivis Masyarakat, Peter John Jaban mewakili masyarakat Dayak di negeri ini berkata cadangan menggantikan ‘Lain-lain’ dengan ‘Dayak’ hampir setahun disuarakan.

Malah, Jawatankuasa Tek-nikal Bumiputera Minoriti diberi tanggungjawab oleh kerajaan membuat kajian dan mendapatkan maklum balas daripada kaum Dayak mengenai perkara itu.

Menurut Peter, malangnya sehingga hari ini masih belum ada keputusan dibuat kerajaan mengiktiraf penggunaan ‘Dayak’ menggantikan ‘Lain-lain’ dalam borang rasmi kerajaan.

“Semua sedia maklum bahawa masyarakat Dayak di negeri ini merupakan deposit tetap bagi kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Tanpa undi daripada masyarakat Dayak tidak mungkin BN dan UMNO terus diberikan mandat memerintah Malaysia.

“Tetapi, mengapa begitu sukar untuk kerajaan memenuhi seruan masyarakat Dayak selepas apa yang kita sumbangkan kepada kerajaan persekutuan,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Peter yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perhimpunan Sarawak for Sarawakian (S4S) 722 dan BERSIH 4.0 di sini September lalu berkata, difahamkan sebuah NGO Dayak di negeri ini bakal mengadakan satu lagi perhimpunan bagi menyuarakan perkara itu.

“Jika kita tidak menyuara-kan dengan lantang perkara itu tidak mustahil suatu hari nanti masyarakat Dayak kehilangan identiti.

“Jadi, bangkitlah ter- utamanya para pemimpin BN Dayak dalam kerajaan persekutuan sebelum bangsa kita sendiri lenyap di muka bumi sendiri,” ujarnya.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun pada awal Oktober lalu berkata pembentangan cadangan penggunaan ‘Dayak’ menggantikan ‘Lain-lain’ pada mesyuarat Kabinet Persekutuan terpaksa ditangguhkan ke mesyuarat seterusnya.

Jelas beliau, penangguhan itu dilakukan berikutan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Minoriti, Datuk Amar Douglas Uggah Embas baharu kembali daripada percutian.

Difahamkan Uggah perlu meneliti kertas kerja ter- sebut terlebih dahulu sebelum dibentangkan pada mesyuarat Kabinet Persekutuan dijadual pertengahan bulan ini.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget