Bazaar Ramadhan Satok tersembunyi dan kurang mendapat sambutan
![]() |
Abdul Aziz Isa, Setiausaha Publisiti Pemuda DAP Petra Jaya bersama Sia Ai Kiew, Ketua Pemuda DAP Bandar Kuching mengagihkan 200 kurma kepada penjaja dan pengunjung Bazaar Ramadhan Satok. |
Ianya merupakan program tahunan DAP dalam menyantuni masyarakat Melayu di Sarawak. Surat khabar DAP turut diedarkan dengan percuma. Pihak DAP sempat mendengar masalah, keluhan dan cadangan dari para penjaja dan pengunjung.
DAP telah mengenalpasti masalah kekurangan pengunjung ke Bazaar Ramadhan Satok ini. Kesemua penjaja yang berjual merupakan masyarakat Melayu dam Islam. Aduan yang diterima antaranya kawasan yang tidak strategik dan umpama hendak 'mempromosikan' Taman Mini Satok berbanding Bazaar Ramadhan Satok.
Penjaja memohon jika DAP menang, mereka meminta DAP menghidupkan tapak asal Bazaar Ramadhan Satok yang pernah menjadi tumpuan pengunjung dan pelancong suatu ketika dahuli. Setelah Pasar Satok dipindahkan ke Medan Niaga Satok hampir 3 tahun yang lalu, keadaan Satok sekarang tidak lagi semeriah dahulu.
Selain itu, keadaan mula lengang selepas 13 hari berniaga akibat kurang sambutan. Terdapat juga pendudk Kuching tidak mengetahui kewujudan Bazaar Ramadhan Satok yang agak tersembunyi. Malah, terdapat juga gerai sudah mula tutup pada hari ke-13 akibat kurang mendapat sambutan.
Saya berharap pihak bertanggungjawab terutamanya DBKU dan Kementerian Perlancongan Sarawak mengembalikan semula tapak asal untuk penjaja Bazaar Ramafhan Satok tahun depan agar masalah sama tidak berulang lagi.
DAP berjanji akan mengembalikan semula tapak asal Bazaar Ramadhan Satok dahulu jika berjaya perintah kerajaan negeri. Ianya tidak mustahil intuk DAP melaksanakannya kerana ianya berada dibawah tanggungjawab kerajaan negeri. Jika kerajaan sedia ada tidal mahu laksanakannya, bagi peluang untuk DAP laksanakannya.
Abdul Aziz Isa
Setiausaha Publisiti
Pemuda DAP Petrajaya
-SarawakLIVE
Post a Comment