AMK lebih biadap daripada Pemuda UMNO – Bekas EXCO


PETALING JAYA: Halimah Nasoha dipecat daripada jawatan EXCO Angkatan Muda Keadilan (AMK) kerana menegur kepimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali apabila mencabar Timbalan Presiden PKR itu mengambil tindakan ke atas Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard.

Perkara itu disahkan oleh Halimah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Dia bagaimanapun mempersoalkan pemecatannya itu yang didakwanya tidak mengikut undang-undang disiplin parti.

“Mereka mengalihkan isu kepada rekod kehadiran saya. Tiba-tiba saya dipecat melalui kenyataan media, status Facebook dan twitter oleh Afif, Timbalan Ketua AMK (Dr Afif Bahardin).

“Alasannya dia mengatakan saya dipecat kerana tiga kali tidak hadir mesyuarat sedangkan menurut undang-undang boleh dikenakan tindakan disiplin selepas enam kali tidak datang mesyuarat.

“Pemecatan saya dibuat tergesa-gesa hanya kerana kenyataan saya. Itu saya amat yakin. Pemecatan saya selaku EXCO kalaupun kerana rekod kehadiran ia harus melalui proses yang betul bukan melalui sidang media oleh Timbalan. Persoalanya, di mana Ketua AMK? Kenapa kenyataan dan keputusan semuanya dibuat Timbalan AMK pusat? ” soal Halimah.

Halimah turut mengulas penyebaran perbualan ‘lucah’ menerusi aplikasi WhatsApps kumpulan AMK yang dia dakwa menunjukkan perangai sebenar pemimpin AMK yang biadap dan jijik daripada Pemuda UMNO.

“Perkara ini sangat memalukan, mengaibkan dan menjatuhkan maruah wanita. Adakah ini pemimpin muda parti progresif ? Perangai mereka lebih biadap dan jijik daripada Pemuda UMNO.

“Perkembangan memalukan ini jelas menjejaskan imej parti. Berlaku biadap dan seksis, menyebut perkataan lucah, melakukan penghinaan terhadap wanita dan memfitnah menjadi mainan pimpinan AMK pusat ini harus diambil tindakan oleh parti. Presiden harus menyatakan sikap,” katanya.

Halimah turut mendedahkan punca dia menjarakkan diri dengan parti sejak kebelakangan ini kerana tidak tahan dengan sikap bergaduh sesama sendiri dan mengampu yang sangat menebal sesama pemimpin.-Free Malaysia Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget