Kenapa hanya Khairuddin, Matthias


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menimbulkan persoalan mengapa hanya bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang didakwa mensabotaj perbankan dan sistem kewangan negara.

Mahathir mendakwa, laporan polis oleh Khairuddin dan Matthias berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilakukan adalah selepas media asing melaporkan perkara tersebut.

“Laporan tersebut bukan laporan biasa sebaliknya, ia penjelasan terperinci berkaitan apa dan pihak mana yang terlibat serta laporan ia dibaca oleh seluruh dunia.

“Khairuddin dan Matthias membuat laporan kepada pihak berkuasa polis di negara di mana 1MDB melakukan transaksi seperti United Kingdom, Switzerland dan Hong Kong. Namun begitu, itu adalah asas mereka didakwa mensabotaj dan jika disabitkan kesalahan, mereka dikenakan hukuman penjara selama 15 tahun,” ulasnya menerusi blognya, semalam.

Mahathir turut mempersoalkan mengapa laporan media asing itu tidak disangkal oleh 1MDB dan Kementerian Kewangan kerana telah mewujudkan persepsi seolah-olah Malaysia telah menyalahgunakan kuasa terhadap sistem kewangan dan perbankan.

“Jika tiada 1MDB dan tiada pinjaman sebanyak RM42 bilion, akhbar tidak akan melaporkan serta tidak akan ada laporan polis. Adakah laporan media asing ini tidak dikira sabotaj?,” soalnya.

Jelasnya lagi, sekiranya 1MDB tidak ditubuhkan, sejumlah besar wang yang dipinjam tidak akan hilang.

“Untuk itu, 1MDB dan pihak bertanggungjawab mesti didakwa atas tuduhan salah guna sistem perbankan dan kewangan. Pengasas 1MDB dan pengurus-pengurusnya adalah orang yang mensabotaj negara ini,” katanya.

Katanya lagi, semua pihak yang terlibat dalam penubuhan syarikat berkenaan hingga kepada pinjaman yang dibuat, wartawan, akhbar dan mereka yang membuat laporan polis perlu didakwa atas kesalahan mensabotaj sistem kewangan dan perbankan Malaysia,” katanya.

- Sinar Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget