![]() |
| SIAP WALAUPUN LEWAT: Projek penyambungan Lapangan Terbang Miri bernilai RM70 juta dijangka siap penghujung tahun ini iaitu lewat tempoh dijadualkan pada Oktober. |
MIRI: Projek penyambungan Lapangan Terbang Miri (LTM) bernilai RM70 juta dijangka siap penghujung tahun ini iaitu lewat tempoh dijadualkan pada Oktober.
Projek penyambungan itu meliputi pembesaran kawasan parkir pesawat dan tambahan dua lagi laluan teksi.
Apabila siap nanti, ia mampu memuatkan 10 pesawat ATR, empat Twin Otters, lima Boeing dan Airbus 320 pada satu masa.
Menteri Muda Perhubu-ngan Datuk Lee Kim Shin berkata projek penyambu-ngan itu amat penting untuk LTM yang kini tidak mampu menampung jumlah penum-pang melebihi kapasiti.
“Ia memberi manfaat kepada sektor penerbangan udara luar bandar seperti ATR dan Twin Otter ke-rana mempunyai ruang parkir lebih luas manakala di hujungnya mampu me-nempatkan lima pesawat Boeing (MAS) dan Airbus 320 milik AirAsia,” katanya semasa lawatan kerja ke projek tersebut di Lapangan Terbang Miri semalam.
Beliau menambah, mana-kala laluan tambahan teksi turut mengatasi masalah kese-sakan yang kerap berlaku ter-utama pada waktu puncak.
Malaysia Airport Berhad (MAB) merekodkan 2.3 juta penumpang menggunakan Lapangan Terbang Miri pada 2013 melebihi jumlah ditetapkan iaitu hanya dua juta.
“Kita berharap Kementerian Pengangkutan turut memberi perhatian untuk membesar serta menambah fasiliti termasuk bangunan terminal bagi mengatasi masalah kesesakan yang dialami sekarang.
![]() |
| TINJAU: Lee bersama Pengurus Lapangan Terbang Miri Zainal Abidin dan yang lain meninjau tapak parkir pesawat Boeing dan Airbus. |
“Saya sudah mengemuka-kan cadangan menaik taraf LTM kepada kementerian dua tahun lalu untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dan saya akan mengemukakan perkara itu lagi kepada kementerian untuk tindakan,” katanya. -Borneo Post.


Post a Comment