Polis tak tolak mungkin ada konspirasi jatuhkan PM

SHAH ALAM - Pihak polis kini dalam proses bagi menentukan sama ada dokumen-dokumen yang bocor berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah tulen atau dipalsukan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan wujud konspirasi untuk menjejaskan proses demokrasi dan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Khalid lagi, semua anggota pasukan petugas khas itu akan disiasat, termasuk kakitangan Bank Negara.

"Objektif siasatan polis adalah untuk mengenal pasti mereka yang telah membocorkan bahan itu dan menentukan sama ada dokumen-dokumen itu tulen atau telah dipalsukan," katanya.

Khalid merujuk kepada kes membabitkan bekas eksekutif PetroSaudi, Xavier Andre Justo yang dituduh mengubahsuai salinan emel yang bocor mengenai 1MDB dan rakan kongsi perniagaannya, PetroSaudi International.

Pada 24 Jun lepas, polis Thailand menahan Justo berkaitan dakwaan cuba memeras ugut PetroSaudi International Ltd (PSI), sebuah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Arab Saudi yang menjadi tumpuan di Malaysia berikutan kerjasama pernah dijalin dengan1MDB.

Berikutan cubaan peras ugut itu, beberapa emel dan dokumen disiarkan oleh Sarawak Report, sebuah blog bermotifkan politik sehingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB.

Khalid berkata, pembocoran, pemalsuan atau sebaliknya, merupakan satu kesalahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam, Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Kanun Keseksaan.

Khalid turut memberi amaran mereka yang didapati bersalah atas kebocoran itu akan menghadapi tindakan penuh undang-undang.- SH
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget