[VIDEO] Ahli Parlimen DAP Sarawak bakal sah hilang jawatan?


Ahli Parlimen Bandar Kuching yang juga ADUN Kota Sentosa, YB Chong Chieng Jen dan YB Julian Tan, Ahli Parlimen Stampin berkemungkinan tetap dianggap bersalah melanggar peraturan perhimpunan Bersih 4 yang diadakan di Kuching 29 Ogos tahun lepas (2015) walaupun mereka menafikannya.

Kelulusan perhimpunan Bersih 4 29 ogos 2015 oleh PDRM meletakkan syarat bahawa peserta dibenarkan berhimpun di Padang Song Kheng Hai tetapi tidak dibenarkan mengadakan perarakan ataupun protes jalanan.

 Menurut Akta Perhimpunan Aman 2012 Seksyen 4 (2)(c), seseorang itu boleh dianggap bersalah jika melakukan protes jalanan semasa perhimpunan diadakan. Denda maksimum RM 10,000 akan dikenakan kepada peserta yang didapati bersalah melanggar akta tersebut.
Menurut Perkara 48 (e) Perlembagaan Malaysia;

 Seseorang itu boleh hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen sekiranya dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas

Pada 29 Ogos 2015, Chong dan Tan didapati menyertai protes jalanan dari kawasan sekitar Hotel Hilton begerak menuju ke lokasi perhimpunan di Padang Song Kheng Hai. 

Jika disabitkan kesalahan, Chong dan Tan bakal hilang jawatan sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Lebih teruk, mereka tidak dibenarkan bertanding dimana-mana pilihanraya selama 5 tahun.

Chong semalam menyatakan bahawa perhimpunan Bersih 4 Kuching telah diluluskan PDRM dan maka sebab itulah beliau membantah saman yang diterimanya di pejabat DAP Sarawak 13 Disember lepas.

Beliau turut menyatakan bahawa ini adalah salah satu usaha sabotaj politik terhadapnya.

Pihak PDRM Sarawak sebelum ini telah pun menyatakan bahawa saman tersebut  TIDAK ada kaitan dengan sabotaj ataupun penganiayaan politik. PDRM cuma menjalankan tugas mengikut undang-undang.

Apakah helah yang akan digunakan oleh DAP Sarawak untuk mengelak dari kehilangan 2 ahli Parlimen ini? 

DAP Sarawak yang dibarisi ahli politik yang juga mahir dalam bidang guaman kali ini seakan-akan kurang yakin untuk menang dalam kes tersebut. Dari raut wajah Chong dan Tan semasa dikunjungi wakil PDRM semasa serahan saman, mereka seolah-olah menyesal dengan apa yang telah mereka lakukan iaitu melanggar akta Perhimpunan Aman 2012.

Pihak PDRM pula yang kita sedia maklum bahawa mereka tidak akan melakukan sebarang pertuduhan tanpa bukti yang nyata.

Lebih-lebih lagi, bukti dalam bentuk video yang dimuat naik dalam Facebook DAP Sarawak sendiri membuktikan penglibatan Chong dan Tan dalam protes jalanan dari kawasan Hotel Hilton menuju ke Padang Song Kheng Hai.


DAP Sarawak sekarang mungkin mempunyai niat untuk membuat rayuan tetapi kita yakin, keegoan politik mereka menjadi penghalang.

Ini bukanlah masa yang sesuai untuk menjadikan kes ini sebagai bahan meraih simpati rakyat. Sebelum ini, DAP sendiri yang berkeras agar pihak PDRM mengetatkan perlaksanaan Akta Perhimpunan Aman.

Rakyat atau penyokong DAP Sarawak melakukan kesilapan terbesar jika melabelkan pertuduhan terhadap dua wakil mereka ini sebagai salah.

Rakan sepakatan, PKR mahupun AMANAH juga mempunyai barisan peguam yang handal juga turut senyap kerana kurang yakin dalam kes ini.

Persoalan utama sekarang ialah jika sabit kesalahan dan jatuh hukuman dalam masa terdekat, adakah YB Chong layak untuk bertanding pada pilihanraya Negeri Sarawak ke 11 akan datang? - Sarawak Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget