Tidak wajar label Bintulu tidak selamat



Kes tembak menjurus kepada kematian di kaki lima pusat karaoke adalah kes terpencil.


BERSAMA: Gan (tengah) dan Wan
Shamsuddin 
menggaul bubur lambuk
sambil disaksikan Firdaus (kanan).
KUCHING: Persepsi keselamatan di Bintulu terancam tidak harus wujud memandangkan kes tembak yang menjurus kepada kematian di kaki lima sebuah pusat karaoke baru-baru ini adalah satu kes terpencil.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Sarawak ACP Gan Tian Kee berkata, bagaimanapun polis tetap memandang serius menangani masalah itu dan akan menjalankan penyiasatan secara menyeluruh.
“Biar polis jalankan siasatan. Hanya kerana satu kes berlaku, kita tidak (wajar) melabel daerah itu tidak selamat,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Memasak Bubur Lambuk Polis Kontinjen Sarawak sempena bulan Ramadan di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing yang mendakwa masyarakat Bintulu berasa risau dengan keamanan di sekitar mereka.
Hadir sama, Timbalan JPJKK Sarawak ACP Wan Shamsuddin Wan Hussin dan Pegawai Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak ACP Firdaus Abdullah.
Gan menambah, pihak polis juga mempunyai petunjuk susulan siasatan ke atas kes terbabit.
“Biarkan Jabatan Siasatan Jenayah melakukan siasatan seterusnya dan tangkap mereka yang bertanggungjawab,” katanya tanpa mengulas lanjut.
Sementara itu, katanya, polis akan mempertingkatkan rondaan di kawasan kediaman menerusi Ops Selamat sempena musim perayaan ini.
Beliau turut menasihatkan orang ramai yang akan bercuti dan meninggalkan kediaman untuk memaklumkan kepada jiran-jiran serta pihak polis bagi memantau rumah mereka.
“Manakala bagi yang balik kampung, berhenti berehat sekiranya berasa letih (memandu) kerana apabila menggunakan kenderaan di jalan raya, kita bukan sahaja perlu memikirkan keselamatan diri tetapi juga keselamatan orang lain,” katanya.
Terdahulu, Gan bersama pegawai-pegawai kanan polis menyampaikan juadah sinonim bulan Ramadan, bubur lambuk kepada polis.
“Program mengagihkan bubur lambuk ini mencerminkan keharmornian yang ada di sini tanpa mengira kaum,” katanya. - Borneo Post.

Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget