KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar akan terus berjuang membantu menyuarakan masalah dan keperluan rakyat di negeri ini.

“SUPP adalah untuk rakyat Sarawak, ramai pemimpin terdahulu yang telah pergi banyak memberi sumbang dan bakti kepada Sarawak.
“Perjuangan ini yang harus kita teruskan, apa sahaja isu yang berkaitan dengan rakyat di negeri ini kita perlu suarakan dan selesaikannya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Ulang Tahun Ke-31 SUPP Cawangan Pending di Crown Square, di sini malam kelmarin.
Pada masa sama Dr Sim meminta semua ahli SUPP bekerjasama dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk memastikan perkhidmatan untuk rakyat di negeri ini dapat disampaikan dengan berkesan.
Selain itu, beliau turut menggesa ahli SUPP memberi sokongan padu kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dengan memberi peluang lima tahun lagi kepadanya memimpin negeri ini.
“Banyak perubahan yang telah dilakukan oleh Ketua Menteri termasuk pembangunan untuk sekolah Cina di negeri ini, jadi berikanlah beliau (Adenan) peluang lima tahun lagi untuk memimpin Sarawak,” tegasnya.
Mengenai SUPP Pending, beliau melihat ramai pemimpin muda berpotensi yang boleh dijadikan calon SUPP pada pilihan raya akan datang.
Tetapi untuk menjadi calon berpotensi itu, Dr Sim memberitahu bahawa mereka perlu kerap turun padang menyelesaikan dan menyuarakan masalah rakyat.
“Kita (SUPP) tidak akan memilih mereka (calon) yang tidak dikenali oleh rakyat dan mereka yang tidak berkhidmat dengan ikhlas,” ujarnya.
- Borneo Post Online
Post a Comment