1MDB: Pemimpin PAS bukan pertahan Najib

KUALA LUMPUR: Seluruh rakyat negara ini diingatkan agar meneliti dengan cermat kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PAS, khususnya Presiden dan Musyidul Am PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Dato’ Dr Haron Din, berhubung kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua pemimpin terbabit bukan bermaksud mempertahankan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, sebaliknya dengan jelas meminta pihak-pihak yang bertanggungjawab menjalankan siasatan rapi berhubung dakwaan terhadap Najib.

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, Presiden PAS tidak mengeluarkan kenyataan mempertahankan Najib berkaitan laporan Wall Street Journal (WSJ), tetapi Tuan Guru Abdul Hadi dengan jelas mengatakan “Najib bukan malaikat”.

“Haron pula berkata bahawa pendedahan itu seperti tidak logik tetapi perlu disiasat. Kami di dalam PAS tidak menyokong sesiapa yang menyembunyikan kebenaran,” katanya.

Sebelum itu, Tuan Guru Abdul Hadi dalam kenyataannya berkata, sebarang tuduhan dan dakwaan salah laku yang dilemparkan kepada Perdana Menteri perlu berasas dan memerlukan saksi.

Menurut beliau, Najib bukan malaikat tetapi manusia biasa dan saksi perlu dikemukakan bagi mengesahkan dakwaan padanya.

“Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Dato’ Seri Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas Najib, kena ada saksi juga, saksi yang adil.

“Kita ikut asas Islam, sikap yang baik kita sokong, yang tidak baik kita tentang,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dato’ Dr Haron Din pada 5 Jun lalu yang menyifatkan laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa terdapat aliran wang 1MDB ber nilai berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi Najib, sebagai “tidak logik”.

Sehubungan itu, Najib pula secara terbuka berterima kasih kepada Haron sebanyak dua kali pada 5 dan 6 Julai lalu berhubung kenyataannya itu.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut ketika ditanya pihak media di bangunan Parlimen 7 Julai lalu, Takiyuddin berkata, media perlu bertanya kepada Perdana Menteri maksud di sebaliknya kenyataannya itu.- pas.org.my
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget