TPPA: Keperluan sekat internet dikaji


MELAKA  - Kerajaan memutuskan untuk mengkaji semula keperluan mengenakan sekatan terhadap akses internet bagi memastikan tiada masalah yang akan timbul berkaitan penapisan kandungan asing serta kemasukan bahan lucah selepas Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ditandatangani.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, keputusan tersebut dipersetujui Kabinet dalam satu mesyuarat khas semalam sebagai persediaan memantapkan lagi dasar kerajaan menjelang pelaksanaannya bulan depan.

“Penyertaan negara dalam TPPA tidak akan menjejaskan hak kerajaan untuk menapis kandungan asing termasuk filem, majalah dan sebagainya walaupun bahan tersebut datangnya dari negara ahli TPPA,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat dalam sesi penerangan TPPA peringkat negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Yang turut hadir timbalannya, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Mustapa berkata, biarpun TPPA tidak mengenakan syarat tapisan kandungan Internet malah negara ahli dilarang berbuat demikian, namun undang-undang negara berkaitan keselamatan, moral, bahan lucah bawah umur, perjudian, kandungan menjejaskan keamanan dan keharmonian dan seumpamanya dikecualikan daripada larangan tersebut.

Senarai pengecualian itu telah dimasukkan di bawah bab Pelaburan dan bab Perdagangan Rentas Sempadan (Cross-Border Trade) melibatkan kemasukan buku, majalah atau surat khabar, karya-karya seni serta filem-filem yang diimport dan akan diedarkan dalam pasaran negara.

Mustapa berkata, terdapat dua kebimbangan utama dalam soal penapisan kandungan iaitu penapisan yang dibuat akan memberi kesan menyebabkan sekatan kepada akses maklumat, selain kebimbangan bahawa negara akan kehilangan hak untuk menapis kandungan asing mengakibatkan bahan lucah tersebar sewenangnya.

Dalam pada itu, katanya, selepas beberapa kali mengadakan sesi taklimat mengenai TPPA ke seluruh negara, pemahaman serta penerimaan rakyat terhadap pelaksanaan perjanjian itu semakin meningkat.

- Utusan Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget