Kerjasama UMNO-PAS tidak ganggu gugat hubungan dengan komponen


2 JAN: UMNO-Barisan Nasional (BN) memberi jaminan sekiranya kerjasama dengan PAS terjalin, ia tidak akan menjejaskan hubungan antara rakan komponen dalam parti itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menegaskan, kerjasama ini tidak akan merobek konsep perkongsian kuasa antara pelbagai kaum yang wujud dalam BN.

“Kerjasama antara UMNO dan PAS jika wujud, tidak akan mengorbankan persefahaman politik ala BN yang telah terbina selama ini. Ini tidak bermakna kita menafikan hak rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN).

“Kalau selama ini pun kita boleh membina persefahaman berdasarkan daripada kelainan pandangan, ini tidak bermakna ia tidak boleh dilakukan,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia pada Sabtu.

Malah beliau juga tidak bersetuju dengan pandangan sesetengah pihak dalam BN yang membuat kritikan mengenai kerjasama ini, kerana beliau berpendapat usaha yang dilakukan ini akan mengambil sedikit masa untuk direalisasikan.

“Saya fikir lebih baik rakan-rakan dalam BN atau sesiapa sahaja untuk melihat isu ini lebih jauh.

“Kerjasama UMNO dan PAS bukanlah satu masalah, ia pernah wujud suatu ketika dahulu cuma disebabkan ada sedikit perselisishan politik menyebabkan kita terpisah,” katanya yang juga Menteri Besar Perak.

Ini memandangkan, kalau kita terus hidup dalam keadaan yang berpecah-pecah, maka ia tidak akan memberikan kekuatan apa-apa. Sebab itulah, saya jarang membuat kenyataan dalam isu ini sebaliknya mahu perkara ini difikirkan dengan sebaik-baiknya.

Zambry tidak menolak halangan yang bakal dilalui dalam mewujudkan kerjasama ini tetapi beliau optimis ia akan berjaya demi membina semula kekuatan ummah.

“Saya yakin halangan di peringkat awal mungkin ada memandangkan kedua-dua parti pernah mempunyai sejarah tersendiri. Ini memandangkan, kalau kita terus hidup dalam keadaan yang berpecah-pecah, maka ia tidak akan memberikan kekuatan apa-apa.

“Sebab itulah, saya jarang membuat kenyataan dalam isu ini sebaliknya mahu perkara ini difikirkan dengan sebaik-baiknya,” ujar beliau.-BNBBC

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget