Adenan Mahu Sarawak Sokong TPPA


KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak melihat Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah satu bentuk FTA yang baru dan mempunyai potensi untuk membawa negara melangkah ke masa depan.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata Sarawak perlu mempersiapkan diri untuk perubahan keperluan masa depan negeri ini.

"Kita tidak mahu menjadikan negeri ini terpencil dan ketinggalan seperti apa yang berlaku di negara Korea Utara," katanya selepas mendengar taklimat Mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) daripada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Sri Mustapa Mohamed di Wisma Bapa Malaysia disini pagi tadi .

Adenan berkata kita perlu lebih secara terbuka dalam mengadakan dagangan secara globalisasi dengan negara-negara luar seterusnya menjana pendapatan ekonomi di samping polisi-polisi dalam negeri masih dikekalkan.

"Sarawak akan menjadi lebih banyak daya tarikan sebagai destinasi pelaburan bagi pelabur-pelabur yang mengeksport produk dan perkhidmatan ke pasaran TPPA," katanya.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Sri Mustapa Mohamed berkata tidak dinafikan TPPA telah menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat. Kebimbangan ini sebahagiannya lahir dari putar belit pihak-pihak tertentu.

"TPPA melibatkan 12 buah negara dengan jumlah gabungan Keluaran Dalam Kasar (KDNK) sebanyak RM27.5 trillion. Malaysia membuat keputusan untuk menyertai rundingan TPPA pada tahun 2010 selepas mengambil kira manfaat ekonomi yang ditawarkan," ujar Mustapha.

Beliau berkata kerajaan telah mempertingkatkan lagi usaha dengan mengadakan sesi penerangan dan soal jawab di beberapa buah negeri termasuk negeri Sarawak dan pelbagai bentuk pertemuan juga akan diterus disusun.

Turut hadir pada taklimat tersebut ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Menteri Pembangunan Perindustrian Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Sarawak Datuk Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri ( Promosi Pendidikan Teknikal) dan Menteri Muda Alam Sekitar Sarawak Datu Haji Len Talif Salleh.-Sarawakiana.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget