Islam itu sederhana, jangan jadi gay atau Isis, kata Najib


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyeru umat Islam negara agar mengamalkan konsep kesederhanaan dalam Islam dan tidak menjadi terlalu ekstrem atau longgar.
Berucap pada program majlis penerapan nilai murni di bulan Ramadan anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kuala Lumpur hari ini, Najib berkata, nilai-nilai Islam seharusnya menjadi amalan kerana Islam adalah agama yang menjurus kepada kedamaian.
"Islam agama menjurus kedaimaian. Islam bukan agama yang ganas. Islam agama yang ajak kita menjurus kepada kesederhanaan.
Najib berkata, meskipun dalam peperangan, umat Islam diharamkan daripada membunuh orang awam.
"Apatah lagi waktu aman, membunuh orang semata-mata alasan perbezaan kulit agama, malah antara orang Islam pun pembunuhan berlaku di bulan Ramadan, seperti di negara Kuwait, di Tunisia, di Perancis.
"Apa mesejnya, ada kefahaman songsang menular dalam masyarakat kita.”
Sehubungan itu, Najib turut merakamkan penghargaan kepada PDRM kerana atas usaha mereka, keselamatan dan keharmonian negara dapat dipelihara.
"Dari segi kerajaan, kita amat hargai peranan PDRM untuk menjaga keselamatan dan keharmonian.
"Alhamdulillah, tidak ada kejadian keganasan dalam negara kita dari segi ideologi.”
Najib turut berkata, sejak program transformasi negara diperkenalkan dalam pentadbirannya, kesan ketara penurunan kadar jenayah dapat dilihat.
"Sejak dasar transformasi negara dilakukan, kita letakkan pengurangan jenayah, jenayah kini berkurang 40%. Jenayah curi kereta turun 20%... kalau tidak percaya tanya syarikat insurans.”-TMI

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget