Bekas Ketua Wanita Umno dakwa ditawar sesuatu untuk tutup mulut


IPOH - Bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman mengakui ditawarkan sesuatu untuk menutup mulut dari terus lantang bersuara khususnya membabitkan kritikan terhadap kerajaan.

Hamidah yang hadir sebagai panel Wacana Perdana Selamatkan Malaysia anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagaimanapun tidak mendedahkan bentuk tawaran yang dinyatakan.

"Jika diberi pilihan antara pemimpin dan parti, saya akan pilih parti, tetapi jika antara parti dan negara, saya lebih utamakan kepentingan negara dari parti.

"Apa yang terjadi (pemecatan dalam Umno) saya reda dan saya sanggup ketepikan kepentingan diri kerana bimbang apa yang berlaku hari ini dan apa yang akan berlaku pada masa akan datang," katanya ketika berucap pada wacana tersebut.‎

Turut menjadi panel pada wacana tersebut, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad.

Wacana Perdana Selamatkan Malaysia dianjurkan Perunding Ilmuan di sebuah hotel terkemuka di sini.

- Sinar Online
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget